[VIDEO] Banyak sangat main, kapten kelab Jepun kena ‘prank’ dengan pasukan masa angkat piala


  • Podium
  • Isnin, 13 Nov 2023

Ehime FC menjadi johan saingan J.League 3 dengan baki tiga perlawanan. — Facebook/Ehime FC

APABILA sudah tiba penghujung musim, pastinya setiap liga akan menabalkan trofi kejuaraan kepada pasukan terbaik.

Selepas mengharungi musim yang panjang, pasukan terbaik akan diraikan sebagai ganjaran menjadi johan setelah beraksi baik bermula daripada perlawanan pertama hingga yang terakhir.

Sudah menjadi tradisi, penyerahan trofi kejuaraan akan diiringi dengan detik ketua pasukan menjulangnya bersama-sama rakan sepasukan. Ini sudah pasti menjadi detik terindah dalam karier mereka apabila berjaya memenangi liga.

Tapi apa terjadi kalau bila hendak julang piala, kena 'prank' pula dengan rakan sepasukan?

Itulah yang terjadi bagi sebuah pasukan divisyen tiga Jepun, Ehime FC apabila ketua pasukan mereka terkena 'prank' oleh rakan sepasukan sewaktu hendak menjulang kejuaraan J.League 3.

Ketua pasukan Ehime, Kenta Tokushige dikenakan oleh rakan sepasukannya ketika hendak menjulang trofi liga. Pada mulanya, Tokushige mengacah untuk menjulangnya bersama-sama rakan sepasukan sebanyak dua kali.

Namun begitu ketika dia hendak menjulangnya dengan serius sewaktu cubaan kali ketiga, rakan sepasukannya hanya diam sahaja hinggakan penjaga gol tersebut malu sendiri seperti dalam video yang tular di Twitter (X).

Menyedari rakan sepasukannya telah mengenakannya, Tokushige kemudiannya merebahkan dirinya untuk 'cover line' selepas malu menjadi mangsa 'prank'.

Akan tetapi, itu adalah detik cukup indah buat Ehime yang berjaya memenangi liga dengan baki tiga perlawanan daripada 38 aksi keseluruhan.

Kemenangan 1-0 ke atas Imabari di laman sendiri sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan liga buat Ehime apabila mereka berjaya mencipta jurang 12 mata ke atas pencabar terdekat iaitu Kagoshima United.

Jaringan oleh Riki Matsuda pada minit ke-49 sudah cukup untuk membawa Ehime naik ke saingan divisyen dua Jepun pada musim hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram