Piala MFL: Bukan lagi rahsia, Endrick & Arribas bakal gegarkan gawang TFC II


  • Podium
  • Sabtu, 11 Nov 2023

Endrick dijangka akan diturunkan oleh JDT II menjelang perlawanan akhir Piala MFL pada Sabtu. — MFL

MENJELANG aksi akhir Piala MFL pada Sabtu, Johor Darul Takzim II (JDT) dijangka bakal diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain import daripada skuad utama.

Sebelum ini, media melaporkan kelibat Endrick dos Santos, Shane Lowry dan Oscar Arribas dilihat turut menjalani sesi latihan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur bersama pasukan JDT II.

Kehadiran tiga pemain ini sekali gus memberi petanda bahawa mereka akan memperkuatkan skuad JDT II untuk merebut Piala MFL menentang Terengganu.

Dalam peraturan Piala MFL, setiap pasukan yang bertanding dibenarkan menggunakan lima slot pemain iaitu maksimum 3 pemain import dan pemain tempatan yang melebihi umur dalam senarai skuad menurut wartawan sukan Astro Arena.

MFL

Jersi JDT menjelang perlawanan akhir Piala MFL. — MFL

Namun posting baharu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tentang jersi-jersi pemain pasukan Terengganu FC II dan JDT II yang telah tersedia dalam bilik persalinan mengesahkan bahawa Endrick dan Arribas akan berada bersama skuad Harimau Selatan malam ini (Sabtu).

Ini sekali gus bakal menyukarkan misi TFC II untuk merangkul trofi Piala MFL selepas JDT II tidak pernah menewaskan skuad Hairuddin Omar dalam perlawanan liga.

Dalam gambar itu, Endrick bakal mengenakan nombor 32 manakala Arribas pula menyarung jersi 42 seperti Arif Aiman dalam skuad Harimau Selatan.

Skuad kendalian Hairuddin Omar perlu bersedia menghadapi ancaman berbisa pasukan JDT yang bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran tiga pemain berpengalaman ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram