'Hide' segala kenangan, Renan Alves sudah mula lupakan Sang Kenari?


  • Podium
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Renan Alves pernah beraksi bersama-sama Kedah Darul Aman dibawah kendalian Aidil Sharin.

SATU masa dahulu, Kedah Darul Aman (KDA) FC mempunyai seorang pemain pertahanan kental dari Brazil iaitu Renan Alves.

Alves dianggap sebagai pemain pertahanan yang kental dan nadi kepada kekuataan Sang Kenari di posisi tersebut. Namun begitu, pemain ini sering saja dianggap mengecewakan kerana selalu mengutip kad merah.

Selain itu, dia sering mengecewakan ketika perlawanan besar melibatkan Sang Kenari. Oleh kerana itu, penyokong KDA mempunyai hubungan benci tapi sayang terhadapnya.

Kini beraksi bersama Barito Putera dalam saingan Liga 1 Indonesia, Alves dilihat berada dalam keadaan lebih baik sebagai pemain selepas berjaya dapat beraksi sebanyak 19 kali serta menjaringkan empat gol.

Malah, rekod disiplinnya cukup baik kerana hanya mengutip empat kad kuning sahaja setakat ini. Ini jelas ketara dengan waktunya ketika bersama KDA.

WhatsApp Image 2023-11-10 at 17.36.24

Adakah Renan Alves sudah melupakan Sang Kenari? — Instagram/@renanalves03

Di media sosialnya, Alves dilihat cukup gembira berkongsi mengenai kehidupannya di Indonesia. Kelihatan pelbagai perkongsiannya mengenai kariernya bersama Barito Putera disiarkan untuk tatapan peminatnya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah, di laman Instagramnya tidak kelihatan langsung siaran mengenai masa Alves ketika menjadi pemain KDA.

Ini menimbulkan persoalan, adakah Alves sudah mula melupakan kenangannya menjadi sebahagian daripada Sang Kenari? Adakah dia telah memadam segala gambarnya ketika bersama KDA?

Akan tetapi, situasi berbeza berlaku di Facebook miliknya. Hal ini kerana, masih terdapat gambar-gambar Alves ketika bersama KDA tersimpan di Facebooknya.

Berkemungkinan, Alves sekadar hide setiap gambarnya ketika di KDA di laman Instagramnya bukannya memadam terus kenangan di Stadium Darul Aman.

Tetapi kenapa Alves berbuat demikian, hanya dia saja yang tahu.

Ia jelas berbeza dengan apa disiarkan di laman Facebooknya masih mempunyai pelbagai gambarnya bersama-sama Sang Kenari yang dikendalikan oleh Aidil Sharin ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram