[VIDEO] Pemain, staf pasukan liga amatur bikin kecoh tepi padang di Putrajaya


  • Podium
  • Khamis, 09 Nov 2023

Para pemain dan pegawai TT United dan Didad FC bergaduh dalam perlawanan diadakan di Putrajaya.

ZAMAN sudah semakin moden, namun begitu mentaliti kita terhadap sukan bola sepak masih lagi di takuk lama.

Baik di peringkat profesional atau amatur, mentaliti kita masih lagi ada yang tertinggal dengan tidak dapat mampu membezakan yang mana elok dan tidak.

Perkara itu ketara apabila melibatkan kancah bola sepak amatur. Ada masa, kita akan mendengar tercetus pergaduhan melibatkan pasukan-pasukan amatur ketika bermain dalam liga sosial.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman menyaksikan insiden pergaduhan melibatkan dua pasukan dalam sebuah saingan liga sosial di Putrajaya.

Dalam rakaman yang tular di Twitter (X), muncul sebuah rakaman pergaduhan di tepi padang melibatkan para pemain TT United dengan DIDAD FC yang diadakan di Stadium Pancarona P18, Putrajaya pada 31 Oktober lalu.

Perlawanan Liga Bola Sepak M5 Putrajaya 2023 antara dua pasukan tersebut menjadi tegang apabila pemain dan staf kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan dan memerlukan pengadil serta anggota RELA masuk campur bagi meleraikan ketegangan.

Akan tetapi, punca pergaduhan masih belum dapat dipastikan lagi. Berkemungkinan kerana provokasi yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan semasa perlawanan.

Tiada sebarang kecederaan serius berlaku dilaporkan dengan suasana tegang berjaya dikawal. Dalam perlawanan yang diadakan, Didad berjaya menang 2-0 ke atas TT United.

Apa yang terjadi ini haruslah dijadikan pengajaran buat semua yang bermain bola sepak di secara amatur atau rekreasi. Bola sepak itu sepatutnya dinikmati bukannya dijadikan medan menonjolkan emosi yang tak terkawal.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran berguna kita semua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram