DALAM masa yang singkat, perjalanan Manchester United di Denmark menentang FC Copenhagen pada aksi UEFA Champions League (UCL) berubah daripada suka kepada duka.
Bermula dengan mendahului perlawanan menerusi dua jaringan Rasmus Hojlund, detik kejatuhan United hadir apabila pengadil memberikan perintah keluar padang kepada Marcus Rashford.
Rashford diperintah keluar padang pada minit ke-42 selepas pengadil, Donatas Rumsas melayangkan kad merah kepadanya akibat kesalahan bermain terlalu kasar (serious foul play) selepas melihat ulang tayang menerusi Video Assistant Referee (VAR).
Keputusan itu nyata mengecewakan Erik ten Hag kerana kejadian tersebut berlaku ketika Rashford hendak melindungi bola daripada pemain lawan iaitu Elias Jellert.
Namun begitu, adakah keputusan pengadil memberikan kad merah terhadap Rashford adalah tepat?
Keputusan yang diberikan itu adalah tepat kerana memang Rashford hendak melindungi bola daripada Jellert. Akan tetapi, saat dia hendak meletakkan melindungi bola tersebut, kaki Rashford terpijak buku lali Jellert.
Rashford memijak kaki Jellert di separuh masa pertama. — Agensi
Pijakan itu terus membuatkan Jellert terbaring kesakitan dan jika dilihat pada gerak perlahan insiden tersebut, memang kaki Rashford mendarat tepat ke arah buku lali pemain Copenhagen itu.
Tindakan itu bagaimana pun boleh dikelaskan sebagai tidak sengaja kerana Rashford tidak menyedari kehadiran Jellert di belakangnya sewaktu hendak melindungi bola. Namun, kekasaran tersebut terlalu kuat untuk buatkan pengadil tidak perlu menghukumnya dan kerana itu Rashford diberikan kad merah.
Oleh itu, keputusan yang dilakukan pengadil adalah tepat dan tidaklah seperti yang dicanang Ten Hag selepas perlawanan.
"25 minit yang pertama kami menguasai, mendominasi perlawanan, mendahului dua gol dan kad merah mengubah segalanya. Kami bermain dengan 10 orang dan sangat kecewa," kata Ten Hag.
Dengan kekalahan itu, peluang United untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir UCL semakin tertutup selepas sudah kalah tiga kali daripada empat perlawanan.
Kini tinggal berbaki dua aksi sahaja menentang Galatasaray dan Bayern Munich untuk menentukan nasib United di kejohanan Eropah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram