Nasib berbeza berbanding HM, Singapura mungkin jadi ‘kimchi’ skuad ‘All Stars’ Korea


  • Podium
  • Selasa, 07 Nov 2023

Son Heung-min bakal jadi taruhan Korea Selatan menggempur pintu gol Singapura. — Agensi

BULAN November sudah pun tiba dan apa yang menariknya adalah aksi kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 akan bermula!

Harimau Malaya pimpinan Kim Pan-gon akan memulakan cabaran menentang Republik Krgyz pada aksi yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini.

Dengan pasukan yang semakin stabil hasil bimbingan Pan-gon, Malaysia dilihat sebagai antara pencabar untuk merebut tangga kedua peringkat kumpulan untuk aksi kelayakan ini yang turut melibatkan Oman serta Chinese Taipei.

Memulakan aksi kelayakan di laman sendiri, pastinya Pan-gon dan ekor Harimau Malaya mendambakan tiga mata dengan Republik Krgyz dilihat sebagai lawan yang setara walaupun mereka menduduki tangga ke-97 dunia.

391553730_1027235265016376_1562425580178758268_n

Malaysia dijangka tiada masalah berdepan Republik Krgyz. — Facebook/FAM

Di kala Harimau Malaya boleh berkira-kira untuk mendapatkan tiga mata, cerita berbeza buat musuh tradisi kita di Seberang Tambak.

Singapura akan memulakan kempen kelayakan mereka dengan jalan yang cukup sukar apabila melayan kunjungan Korea Selatan pada tarikh sama Harimau Malaya beraksi.

Perlawanan menentang Korea Selatan di Singapore Sports Hub bakal melihatkan Korea Selatan dijangka turun dengan kekuatan sebenar bertemu pemenang Piala AFF sebanyak empat kali itu.

Hal ini kerana, pengendali Korea Selatan iaitu Jurgen Klinsmann menyenaraikan kesemua bintang-bintang utama negara itu yang beraksi di liga-liga utama Eropah ketika ini.

378162587_692846186216427_6374040638043369339_n

Singapura berhempas-pulas mengalahkan Guam untuk ke pusingan kedua kelayakan. — Facebook/FA Singapore

Penyerang Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee-chan berserta pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in antara yang dipanggil untuk perlawanan kelayakan bertemu Singapura serta China.

Selain itu, bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min serta Pemain Antarabangsa Asia Terbaik bagi AFC Annual Awards 2022, Kim Min-jae turut dipanggil Klinsmann bagi menguatkan cabaran Korea Selatan. Tugas getir pastinya menanti Singapura apabila berdepan Korea Selatan yang penuh dengan deretan pemain bintang.

Menyedari kekalahan itu hampir pasti tiba, semestinya penyokong Sang Singa akan lebih fokus mendapatkan autograf dan bergambar dengan bintang-bintang Korea Selatan berbanding keputusan perlawanan.

Mana tidaknya, untuk sampai ke peringkat kumpulan kelayakan pun Singapura sudah berhempas-pulas. Pada pusingan pertama kelayakan, Singapura mengalami kesukaran untuk mengalahkan Guam dengan keputusan agregat 3-1.

Selepas bertemu Korea Selatan, tugas sukar Singapura diteruskan apabila bertemu Thailand pada 21 November. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram