Garrido umum skuad B-23 pertamanya, Luqman Hakim masih sandaran ketuai barisan serangan


  • Podium
  • Selasa, 07 Nov 2023

Luqman Hakim dapat peluang kedua tonjolkan bakatnya sebagai penyerang berkaliber. — Facebook/FAM

ERA baharu kini bermula, pengendali skuad bawah 23 (B-23) Malaysia, Juan Torres Garrido telah mengumumkan skuad pertamanya untuk Harimau Muda.

Seramai 24 pemain dipanggil Garrido untuk kem latihan pusat pada bulan November. Kem latihan pusat ini diadakan tanpa adanya perlawanan persahabatan diatur untuk Harimau Muda.

Sebaliknya, kem latihan pusat ini diadakan bagi menilai pemain-pemain berpotensi kerana perjuangan menuju ke Piala Asia B-23 yang akan diadakan pada 2024 bermula sekarang.

Majoriti pemain yang dibawa oleh E. Elavarasan ketika pusingan kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand sebelum ini dikekalkan dengan tumpuan terarah kepada Luqman Hakim.

Luqman yang sebelum ini menerima kecaman hebat penyokong kerana aksi 'berkarat' ketika pusingan kelayakan, diberi peluang kedua oleh Garrido untuk membuktikan kebolehannya.

Luqman dipanggil bersama-sama penyerang lain seperti Alif Ikmalrizal serta T. Saravanan dengan harapan keserasian antara mereka dapat dibentuk oleh Garrido.

Sementara nama-nama seperti Fergus Tierney, Syahir Bashah dan Aiman Afif turut dipanggil untuk mengisi posisi tengah.

Apa yang menarik mengenai barisan pertahanan adalah Garrido mendapatkan duo Terengganu FC yang mencuri tumpuan kebelakangan ini menerusi persembahan cemerlang mereka.

Safwan Mazlan dan Ubaidullah Shamsul dipanggil oleh Garrido sambil Rahadiazli Rahalim melengkapkan trio Terengganu dalam skuad kali ini.

Selain Rahadiazli, Azim Al Amin dan Syahmi Adib melengkapkan senarai penjaga gol. Berikut merupakan senarai penuh 24 pemain dipanggil oleh Garrido:

Penjaga gol

  • Rahadiazli Rahalim
  • Azim Al-Amin
  • Syahmi Adib

Pertahanan

  • Ubaidullah Shamsul
  • Safwan Mazlan
  • Harith Haiqal
  • Firdaus Ramli
  • Zikri Khalili
  • Abu Khalil
  • Aiman Yusni

Pemain tengah

  • Daryl Sham
  • Saiful Jamaluddin
  • Aiman Afif
  • Firdaus Fuad
  • Izwan Yuslan
  • Syahir Bashah
  • Umar Hakeem
  • Fergus Tierney
  • Adam Farhan

Penyerang

  • Alif Ikmalrizal
  • T. Saravanan
  • Haqimi Azim
  • Luqman Hakim
  • Najmudin Akmal

Untuk rekod, seramai 17 pemain daripada panggilan kali ini beraksi di Chonburi untuk kelayakan Piala Asia B-23. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram