KEJAYAAN PDRM FC untuk mengesahkan kemaraan ke pentas akhir MFL Challenge Cup menyaksikan skuad Harimau Kumbang tersingkir daripada pertandingan berkenaan dengan agregat 1-4.
Jadi, melihat kepada kegagalan Penang FC untuk melangkah ke perlawanan akhir selain prestasi yang membimbangkan dalam persaingan Liga Super 2023, pihak pengurusan Penang FC mengambil keputusan membuat keputusan terhadap barisan kejurulatihan kelab.
"Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid direhatkan sehingga selesai Liga Super musim 2023," tulis kelab berkenaan menerusi satu kenyataan media pada Selasa.
Kenyataan media mengesahkan Yee Fatt dan Manzoor digugurkan daripada jawatan masing-masing. — Facebook/Penang FC
Selain itu, semua pengendalian latihan dan penyusunan urusan perlawanan menentang Sri Pahang FC dan Terengganu FC di laman sendiri dan perlawanan terakhir menentang JDT FC akan dikendalikan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Caretaker).
Sehubungan dengan keputusan pengurusan, harapan diletakkan para peminat skuad Harimau Kumbang untuk terus memberikan semangat dan sokongan kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan para pemain kita yang akan menggalas tugas berat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram