Masa untuk Lions XII kembali? 3 pasukan boleh dijemput MFL sertai Liga Super


  • Podium
  • Selasa, 07 Nov 2023

Lions XII pernah merangkul gelaran Liga Super pada 2013. — Agensi

KEPUTUSAN Malaysian Football League (MFL) untuk meluaskan saingan Liga Super kepada 16 pasukan pada mulanya kelihatan baik. Namun begitu, ia menerima cabaran apabila dua pasukan iaitu Melaka United dan Sarawak United menarik diri.

Menjadi liga 14 pasukan, Liga Super musim 2023 berjaya dilangsungkan walaupun masalah kewangan dalam kalangan kelab bertanding masih lagi ada.

Kini diancam dengan liga mungkin menjadi lebih kecil kepada 13 pasukan, kemeriahan Liga Super dijangka akan semakin suram. Situasi ini menimbulkan perbincangan dalam kalangan penyokong, wajarkah MFL menjemput kelab luar bertanding?

Tetapi nak jemput siapa? Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan menyingkap tiga pasukan boleh dijemput MFL bagi memeriahkan Liga Super.

1. Brunei DPMM

Jika diikutkan, Brunei sebenarnya sudah bermain dalam Liga Malaysia sejak 1979 dengan pasukan kebangsaan negara itu menjadi wakil.

Sepanjang penyertaan mereka, Brunei pernah memenangi Piala Malaysia pada 1999 apabila mengalahkan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

DPMM-FC-Squad

Brunei DPMM merupakan kelab profesional tunggal dari negara tersebut. — Agensi

Namun sehingga 2005, mereka tidak mewakilkan pasukan kebangsaan lagi di Liga Malaysia. Sebaliknya, kelab yang diberi nama DPMM FC membawa cabaran Brunei sehingga 2008.

Memandangkan DPMM FC merupakan kelab profesional tunggal Brunei, wajar untuk MFL menjemput mereka beraksi untuk menambahkan kemeriahan saingan Liga Super. Buat masa sekarang, mereka beraksi dalam saingan S-League di Singapura.

2. Lions XII

Selain Brunei, Singapura turut pernah memeriahkan saingan Liga Malaysia menerusi penyertaan skuad kebangsaan mereka sejak dari tahun 1921 hingga 1994.

Namun mereka kembali membuat kemunculan menerusi kelab Lions XII pada 2012 hingga 2015. Ketika itu, mereka berjaya membawa pulang Liga Super (2013) dan Piala FA pada 2015.

lionsxii-msia-cup-kelantan

Lions XII merangkul Piala FA pada 2015 dengan menewaskan Kelantan. — Agensi

Kehadiran mereka ke Liga Malaysia ketika itu menggamit kenangan ketika pasukan kebangsaan Singapura beraksi di Malaysia dengan nama-nama seperti Fandi Ahmad, V. Sundramoorthy dan Nazri Nasir.

Jika MFL memilih untuk menjemput mereka, ia pasti akan menimbulkan keterujaan buat kedua-dua negara kerana penyokong Singapura juga merindukan saat-saat pasukan mereka bermain di Liga Malaysia.

3. Lion City Sailors

Diberi jolokan sebagai Johor Darul Takzim (JDT) versi Singapura, LCS merupakan pasukan berstatus bintang yang berakar umbi daripada Home United.

Pasukan yang mempunyai barisan pemain bintang ini pastinya berminat untuk menyertai Liga Malaysia jika MFL menawarkan peluang tersebut.

394233383_1093994561655466_7823276800908420915_n

Lion City Sailors merupakan jaguh bola sepak Singapura. — Facebook/Lion City Sailors FC

Hal ini kerana, mereka pastinya menanggap peluang menyertai Liga Malaysia akan membantu meningkatkan pendapatan mereka sebagai kelab pelbagai kelab utama negara kita akan bertandang ke gelanggang LCS.

Sudah pastinya perlawanan menentang JDT akan menimbulkan keterujaan kerana status kedua-dua kelab itu yang penuh dengan bintang. Ia secara tak langsung akan menambahkan lagi rencah kemeriahan Liga Super jika LCS masuk bertanding. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram