Mat Don setia dengan ex teammate Kedah, Argzim Redzovic pilih Bergson


  • Podium
  • Isnin, 06 Nov 2023

Liridon antara pemain yang membantu pasukan Sang Penyu mara ke final Piala Malaysia. — Instagram/officialterengganufc

JOHOR Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) menepati ramalan melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember nanti.

Skuad Harimau Selatan menempah tiket ke final dengan bergaya selepas membelasah Perak FC pada aksi kedua dengan keputusan 8-1, sekali gus menang 12-2 secara agregat.

Sementara TFC kendalian Tomislav Steinbruckner pula berjaya merebut peluang ke final selepas menundukkan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 2-1 pada aksi kedua lalu menang secara agregat 4-2.

WhatsApp Image 2023-11-04 at 15.21.40

Kelincahan Liridon bantu Sang Penyu layak ke pentas akhir Piala Malaysia. — Facebook/MFL

Semakin menghangatkan suasana final, gelagat dua pemain Sang Penyu juga mencuri tumpuan penyokong bola sepak tanah air.

Dalam satu perkongsian video di Facebook, pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dan pertahanan tengah TFC, Argzim Redzovic sempat berkongsikan dua nama penyerang Liga Malaysia (Liga M) yang menjadi idola mereka.

Ditanya mengenai penyerang pilihan, Liridon atau gemar dengan panggilan Mat Don itu lebih memilih bekas rakan sepasukannya, Ken Ilso Larsen ketika masih bersama-sama menabur bakti di Kedah Darul Aman (KDA FC).

Alasannya memilih pemain kelahiran Denmark itu adalah kerana pernah memberi 15 assist ketika Ken Ilso menghasilkan 25 jaringan.

"Pemain yang paling saya minati ialah Ken Ilso kerana daripada 25 jaringan yang dia hasilkan, saya pernah memberi 15 assists kepadanya," katanya di Facebook.

Sementara itu, Redzovic pula lebih mengidolakan penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson da Silva.

"Kalau saya, saya lebih meminati Bergson," kongsinya.

Bergson merupakan pemenang Kasut Emas 2021 selepas berjaya menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan dan musim berikutnya, pemain berusia 32 tahun itu juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2022 dengan 29 gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram