Reputasi 'in the making' dan bijak mengurus, Devan masih pilihan terbaik terajui Penang


  • Podium
  • Ahad, 05 Nov 2023

Jurulatih NSFC, K. Devan dikhabarkan bakal menerajui pasukan Penang FC untuk musim depan. — Facebook/NSFC

KHABAR angin yang mengundang kem Negeri Sembilan FC (NSFC) akhirnya terjawab selepas tuan badan sendiri tampil mengulas kenyataan itu.

Pada Ahad, Ketua Jurulatih NSFC, K. Devan disebut akan mengemudi Penang FC untuk musim depan.

Namun, perkara itu sudah menemui titik noktah selepas Devan membidas kenyataan tersebut.

Malah, Devan juga mengatakan bahawa masih menunggu tawaran sambungan kontrak oleh pihak pengurusan NSFC.

Meskipun belum ada pengumuman daripada mana-mana pihak mengenai perkara itu, tidak salah sekiranya Devan ingin menerajui Penang untuk musim depan.

WhatsApp Image 2023-11-04 at 22.07.48

Skuad Penang FC yang bakal menerima sentuhan daripada Devan musim depan. Instagram/officialpenangfc

Dalam pada itu, berikut Majoriti menyenaraikan sebab Devan masih menjadi pilihan terbaik kemudi Penang.

Pro

1. Berpengalaman

Seperti sedia maklum, semua jurulatih di Liga Malaysia (Liga M) masing-masing mempunyai pengalaman dalam kancah bola sepak.

Pengendali berusia 56 tahun itu pernah membawa NSFC menjuarai Liga Super musim 2005 dan 2006.

Selain itu, NSFC pernah menjulang Piala FA musim 2003 di bawah kendaliannya.

Ia jelas membuktikan bahawa Devan merupakan pengendali yang pasti akan membawa perubahan besar kepada Penang FC kelak.

2. Strategi kewangan

Masalah kewangan merupakan isu utama dalam industri bola sepak kini.

Hal ini kerana, kebanyakan pasukan di Liga M mengalami isu tunggakan gaji yang menyebabkan beberapa pemain sudah mula angkat kaki.

Meskipun pasukan kendaliannya kini berdepan masalah sama, Devan bagaimanapun mempunyai pengalaman dalam mengurus kewangan.

Hal ini kerana, Devan dikenali sebagai seorang yang mahir mengurus pasukan walaupun dengan bajet kecil.

Sebagai contoh, ketika NSFC naik pangkat beraksi di liga utama musim 2022, meskipun hanya mempunyai bajet kecil namun Devan berjaya membawa skuad Jang berada di tangga keempat Liga Super.

Kontra

1. Idea berbeza

Menerima kehadiran ketua jurulatih baharu bukan satu proses yang mudah bagi sesebuah pasukam.

Aspek persefahaman perlu dititikberatkan kerana bukan mudah untuk menerima kedatangan individu selain corak permainan turut berubah.

Kemasukan Devan ke Penang berisiko mengganggu perancangan sama ada di pihak pengurusan mahu pun pemain yang mungkin sudah dirancang bagi menghadapi musim baharu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram