JDT tinggalkan Selangor dan TFC, juara dalam dan luar padang


  • Podium
  • Isnin, 06 Nov 2023

JDT mempunyai lebih tiga juta pengikut dalam Facebook tahun ini. — Facebook/JDT

SUKAN bola sepak di negara ini semakin menunjukkan peningkatan yang baik selari dengan ranking skuad kebangsaan sejak dikendalikan oleh Kim Pan-gon.

Kemeriahan liga turut disambut positif oleh penyokong pasukan masing-masing meskipun berlakunya isu seperti tunggakan gaji yang dilihat masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Rata-rata pasukan mahu mengikuti jejak langkah Johor Darul Takzim (JDT) yang lengkap dalam pelbagai aspek daripada skuad utama sehinggalah akar umbi.

Namun ada pihak pengurusan yang tidak sedar bahawa sesebuah kejayaan itu bukanlah hanya bergantung dalam padang semata-mata namun aspek kecil seperti media sosial juga harus dititikberatkan.

Majoriti senaraikan tiga kelab Liga Malaysia yang mempunyai ramai pengikut di media sosial sekali gus mudah untuk menarik perhatian penyokong pasukan masing-masing:

JDT 11

Pemain-pemain JDT musim ini. Facebook/JDT

1. Johor Darul Takzim (JDT)

Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama Johor Darul Takzim (JDT) dalam negara ini selepas berjaya merangkul trofi ke-10 berturut-turut Liga Super musim ini.

Bukan sahaja hebat dalam padang, JDT juga menjadi juara di luar padang selepas menewaskan kesemua pasukan dalam Liga M dengan memperoleh banyak pengikut ataupun 'followers' di platform mereka.

JDT mempunyai sebanyak 3.1 juta pengikut dalam Facebook yang mana menjadi satu-satunya pasukan Liga M mempunyai jutaan 'followers' dalam negara ini.

Bukan sahaja di Facebook, dalam Instagram JDT turut merekodkan 1.6 juta 'followers' diikuti dengan laman sosial X iaitu lebih 280,000 pengikut.

Selangor FC

Selangor FC ketika melakukan sesi latihan. Facebook/Selangor FC

2. Selangor FC

Selangor FC berada di tempat kedua dalam carta pengikut terbanyak dalam media sosial, namun jarak angka JDT dan Gergasi Merah sangat jauh apabila hanya merekodkan lebih 342,000 'followes' di Facebook.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu juga mencatatkan lebih 255,000 'followers' dalam Instagram manakala 98,200 di laman X.

Tetapi hasil kandungan yang dikeluarkan oleh Selangor amat menarik dengan tema warna mereka mainkan sekali gus berjaya mendapat sambutan ramai dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Musim ini, anak-anak buah Tan Cheng Hoe berada dalam landasan terbaik untuk beraksi di pentas Asia musim depan selepas menghuni tangga kedua Liga Super.

TFC

Jersi 'home' Terengganu FC untuk musim ini. Facebook/TFC

3. Terengganu FC

Antara finalis Piala Malaysia 2023 ini berjaya meraih tempat ketiga dalam carta pengikut terbanyak dalam media sosial, meskipun tewas dengan Sri Pahang FC di platform Facebook.

Ini kerana Sri Pahang merekodkan lebih 241,000 pengikut manakala Terengganu hanya berjaya mengumpulkan 195,000 'followers'.

Namun melihat secara keseluruhan, TFC berada di depan Sri Pahang selepas mengumpul lebih 26,000 followers dalam laman X manakala Instagram pula mencatatakan 212,000 pengikut.

Menerusi perkiraan ini, TFC berada di hadapan berbanding Pahang yang tewas melalui perbezaan angka Instagram dan X. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram