Pertahanan muda berbakat besar Sang Penyu disamakan dengan bintang Manchester City


  • Podium
  • Ahad, 05 Nov 2023

Ubaidullah antara prospek hangat dalam kalangan pemain tempatan untuk posisi pertahanan. — Facebook/Terengganu FC

DALAM bola sepak, perkara yang akan sentiasa membuatkan kita teruja adalah melihat bangkitnya seorang pemain muda berpotensi tinggi dalam karier mereka.

Pemain muda yang berpotensi tinggi lazimnya mencuri tumpuan apabila beraksi di tengah padang. Persembahan mereka sentiasa akan menjadi perhatian sambil keterujaan mengiringi untuk mengetahui sejauh mana karier pemain tersebut boleh pergi.

Di Malaysia juga terdapat beberapa pemain muda yang menarik perhatian dengan persembahan mereka seperti Arif Aiman, Mukhairi Ajmal dan Syahmi Zamri.

3764924-76588408-2560-1440

Bakat Ubaidullah disamakan dengan Gvardiol. — Agensi

Namun selain mereka, terdapat juga pemain lain yang turut mencuri perhatian dengan bakat yang ada iaitu Ubaidullah Shamsul.

Pemain pertahanan Terengganu FC ini sememangnya antara prospek muda berpotensi tinggi untuk skuad kebangsaan. Bakat yang ada padanya membuat pendukung skuad Penyu berasa teruja kerana ada anak tempatan yang boleh beraksi hebat di posisi pertahanan.

Malah, bakat hebat yang ada pada Ubaidullah turut diakui oleh jurulatihnya sendiri iaitu Ivica Vranjes. Vranjes merupakan pembantu kepada Tomislav Steinbruckner dalam barisan kejurulatihan Terengganu.

Vranjes menanggap Ubaidullah mempunyai segalanya untuk menjadi pemain pertahanan moden yang baik. Pada hemat pembantu Steinburckner itu, semangat kental yang ada Ubaidullah membuatkan pemain tersebut cemerlang pada usia muda.

Malah, tidak keterlaluan untuk Vranjes mengatakan Ubaidullah saling tumpah dengan pertahanan Manchester City, Josko Gavardiol.

"Kekuatan, kawalan (bola), kemahiran teknikal, agresif dan paling penting adalah semangat kental.

"Ini adalah prospek besar dalam bola sepak Malaysia. Jangan tunggu sampai dia berusia 30 tahun untuk bangunkan bakatnya.

"Jika tak tahu macam mana nak buat, boleh tanya jurulatih Terengganu. (Ubai adalah) Josko Gvardiol versi Malaysia. Ayuh Ubai!," kata Vranjes di laman Facebooknya.

Musim ini, Ubaidullah telah melakukan tujuh penampilan keseluruhan dalam semua pertandingan bersama-sama Terengganu.

Mungkin minitnya sedikit terhad, tetapi musim pastinya mengujakan buat pemain ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram