ISU masalah dalaman yang tidak berkesudahan terus menimpa pasukan Kelantan FC.
Malah, Kelantan juga terus menjadi pasukan belasahan apabila hanya meraih dua kemenangan dalam 22 perlawanan aksi Liga Super 2023.
Baru-baru ini, Perak FC membelasah Kelantan dengan keputusan 8-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.
Sebahagian aksi ketika pemain Kelantan tewas di laman lawan. — Facebook/MFL
Difahamkan, pasukan itu terpaksa meninggalkan venue perlawanan selepas aksi tersebut berakhir dan tidak berehat semalaman sebelum pulang ke Kelantan.
Menguatkan desas-desus tersebut, seorang penyokong Kelantan di Facebook, Muhamad Nur Ismail mendakwa, pasukan kendalian Alfredo Vera itu didakwa terus meninggalkan stadium tersebut ke Kota Bharu.
"Kasihan pemain Kelantan. Selepas habis perlawanan terus balik ke Kota Bharu, Kelantan menaiki bas.
"Pengurusan tak mampu bayar penginapan hotel. Bertabahlah kalian," dakwanya di Facebook.
Menjengah ruangan komen, rata-rata penyokong Kelantan FC berharap agar kelab itu ditutup pada musim depan kerana kegagalan pihak pengurusan menjaga kebajikan pemain kelab tersebut.
"Dah boleh dah tu standby tahun depan bubar je terus," kata Zakaria Isa.
"Baik bubarkan je terus daripada tak mampu bayar duit pemain, ada pun serupa tak wujud dan berhutang sana sini," kata Mohd Fozai Juned.
"Benda boleh bubar, jangan tunggu lama-lama, kesian dekat pemain. Common sense sikit," kata Yuamrizaily Mohd.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dari pihak pengurusan mahupun pemilik kelab, Norizam Tukiman berhubung dakwaan yang tular di medial sosial itu sejak Ahad.
Sebelum ini, pertahanan kiri Kelantan, Yusri Yuhasmadi memuat naik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan punca utama kekalahan di tangan skuad The Bos Gaurus (TBG).
Dalam hantaran itu, Yusri dilihat berkongsikan rutin harian pasukan tersebut iaitu hanya menikmati hidangan mi segera setiap hari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram