SEMUA penyokong pasukan Terengganu dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Amaran tersebut dikeluarkan oleh kelab Terengganu FC selepas tular beberapa individu cuba menjual tiket dengan harga yang lebih mahal daripada yang sepatutnya terjual secara dalam talian rasmi.
Menurut kenyataan tersebut lagi, berita yang turut disebarkan oleh individu itu bahawa kesemua tiket sudahpun habis terjual juga adalah tidak benar sama sekali.
"Untuk makluman, tiket perlawanan masih terjual di kaunter-kaunter stadium pada hari ini dan juga esok dengan harga RM20 dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.
Pihak pengurusan mengingatkan penyokong berkenaan penjualan tiket palsu.
Dalam pada itu, penyokong-penyokong memuji tindakan pihak pengurusan yang memberi peringatan tentang penjualan tiket palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Ambil tindakan setiap tahun kalau ada perlawanan penting, mesti benda macam ini akan berlaku," kata Mohd Razmir Mohd Rani.
"Pihak TFC kena ambil tindakan keras. Jangan hanya keluar amaran, kalau betul ada ketirisan, sila ambil tindakan.
"Jangan simpan pembawa masalah dalam TFC, kisah lampau pasal tiket masih tebal dalam hati penyokong," ujar Mohd Khairul Azimi.
"Sila ambil tindakan undang-undang, jangan buat senyap macam itu sahaja," luah Ahmad Fahmi Hussin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram