'Orang kita minat lagi ke Liga Malaysia?'


  • Podium
  • Khamis, 02 Nov 2023

Stadium QPR yang dikenali sebagai Loftus Road kini dijenamakan menjadi Matrade Loftus Road.

ADAKAH rakyat Malaysia masih berminat untuk mengikuti perkembangan bola sepak negara selepas melihat isu tunggakan gaji berlaku saban tahun.

Sudah bosan dengan situasi perkembangan bola sepak Malaysia hampir kesemua pasukan Liga M sukar untuk mencari pelabur bagi memberi nafas baharu buat mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Menerusi pertanyaan penyokong @RimauXI dalam media sosial adakah penyokong mahu liga tempatan ataupun tidak?

"Jika ya, kita perlu melabur duit kepada pasukan tempatan, dan selepas itu tajaan akan datang ditambah keuntungan penyiaran ia sekali gus meningkatkan kualiti padang serta corak permainan.

"Jika tidak, liga tempatan kita akan berakhir, mudah," katanya.

Rimau X

Ciapan yang dimuat naik @RimauXI.

Ini dikuatkan dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard kecewa tiada taikun berminat membuat pelaburan di kelab Liga Malaysia.

KL City yang dilaporkan mengalami masalah tunggakan gaji selama dua bulan mengesahkan sukar untuk mencari pelabur berpotensi bagi membantu meneruskan kelangsungan kelab pada hari mendatang.

"Kami ada cakap dengan beberapa pelabur yang berpotensi tapi ia bukan dari taikun negara. Kita tidak mendengar daripada Berjaya (Berjaya Corporation) dan Airasia. Mereka sanggup beli kelab luar tapi ada sebab tak datang ke dalam kelab Liga M.

"Kami tak nampak satu taikun pun seperti Syed Mokhtar (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary), tiada yang mahu tolong menghulurkan bantuan walaupun kami dah menang Piala Malaysia dan nombor dua di Asia.

"Mesti ada sebab semua taikun ini tidak mahu melabur dalam kelab Liga M. Kami ada reach mereka dan hantar surat cakap dengan CEO. Mereka tidak nak datang sini. Ia bukan senang. Kami hanya pasukan berjaya di atas kertas. Sebab itu kami sanggup buat pinjaman sendiri," katanya ketika ditemui pada Khamis.

Stanley

Stanley ketika sidang media pada Khamis.

Baru-baru ini sebuah agensi kerajaan negara kita iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah mendapatkan hak penjenamaan (naming rights) terhadap stadium QPR.

Stadium QPR yang dikenali sebagai Loftus Road itu kini dijenamakan menjadi Matrade Loftus Road atas faktor penajaan agensi kerajaan kendalian Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tersebut kepada kelab divisyen dua England itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram