ANTARA individu yang sering dikritik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Instagram sebagai punca kegagalan kejayaan pasukan Selangor FC.
Siapa lagi kalau bukan Izhar Moslim yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) apabila dikatakan sebagai punca di sebalik kemerosotan pasukan Selangor sejak beberapa musim lepas.
RMS dan TMJ pernah berjumpa untuk melihat fasiliti yang ada di JDT pada 2016. — Facebook/Selangor Elite
Sebelum ini, Pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pernah menepis segala dakwaan yang menyatakan terdapat parasit dalam pengurusan kelab itu.
RMS bukan sahaja tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut, malah berterima kasih dengan sumbangan Izhar sepanjang berkhidmat bersama skuad Gergasi Merah.
Baginda juga sudah perkenan surat peletakan jawatan Izhar yang bertarikh 7 Julai 2022 dan tidak lagi terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan Gergasi Merah.
Izhar Moslim (sebelah RMS) turut berada di padang latihan JDT pada 2016. — Facebook/Selangor Elite
Namun adakah anda tahu, tujuh tahun lalu sebelum mengambil alih pengurusan FAS pada 2018, RMS bersama Izhar pernah berjumpa TMJ di Pusat Latihan Padang Seri Gelam milik JDT.
Menerusi perkongsian gambar Facebook, Selangor Elite pada Julai 2016 memperlihatkan RMS, Tengku Shakirinal Shah dan Tengku Salehuddin Shah Alhaj disambut oleh TMJ untuk melihat sendiri kemudahan dan program pembangunan bola sepak JDT.
RMS bersama Tengku Shakirinal Shah dan Tengku Salehuddin Shah Alhaj di sambut oleh TMJ untuk melihat sendiri kemudahan dan program pembangunan bola sepak JDT. — Facebook/Selangor Elite
RMS turut berjumpa dengan bekas-bekas pemain Selangor yang ketika itu berkhidmat untuk JDT seperti Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Safee Sali, Amri Yahya, Mahalli Jasuli dan Azrif Nasrulhaq.
Selain tiga kerabat diraja Selangor itu, siapa sangka kelibat Izhar Moslim turut berada bersama mereka untuk menghadap TMJ belajar mengenai pengurusan bola sepak sebelum mengambil alih FAS. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram