Kibaran bendera Palestin antara 5 tawaran Terengganu untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 01 Nov 2023

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka penuh dengan penonton kedua-dua pasukan untuk perlawanan pada Jumaat ini. — Facebook/Terengganu FC

PERLAWANAN timbal balik Piala Malaysia 2023 antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada Jumaat ini dilihat sudah menerima sambutan cukup menggalakkan daripada penyokong kedua-dua pasukan.

Kelebihan pastinya berpihak kepada skuad Sang Penyu apabila aksi berkenaan bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Tidak cukup dengan itu, kemenangan tipis 2-1 yang direkodkan ketika pertemuan pertama seperti memberi kelebihan buat kelab Pantai Timur berkenaan.

Jadi, tidak hairanlah apabila laporan terkini mengatakan tiket yang dijual secara atas talian sudah habis terjual beberapa jam selepas ia dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun, peminat setia Terengganu FC masih berpeluang untuk menonton perlawanan itu secara langsung di stadium sendiri dengan masih terdapat 20,000 tiket fizikal boleh didapatkan bermula Khamis.

397235995_321942120547229_6840527482350077137_n

Lima tawaran menarik diumumkan kelab buat penyokong Sang Penyu. Facebook/Terengganu FC

Penjualan laris tersebut sedikit sebanyak menceritakan mengenai sokongan tidak putus daripada penyokong mereka dalam usaha skuad Sang Penyu merebut slot ke pentas akhir Piala Malaysia.

Oleh itu, dalam usaha meraikan sambutan amat menggalakkan itu, pihak pengurusan hadir menawarkan keistimewaan untuk aksi bersejarah tersebut.

Dalam satu hantaran di laman media sosial kelab, Terengganu FC mengumumkan terdapat lima tawaran dibuat bagi menaikkan lagi suasana dan kehangatan di stadium pada Jumaat.

"Pertama, tifo gergasi daripada ultras dan kelab penyokong. Kedua, seluruh penyokong di stadium mencipta sejarah untuk sama-sama mengangkat bendera Palestin sebagai simbolik solidariti terhadap apa yang berlaku atas dasar keamanan dan kemanusiaan semasa lagu Negaraku dinyanyikan.

"Selain itu, orang ramai di stadium juga akan melakukan tepukan pembukaan "TRANUNG ENGKAULAH JIWAKU" sebelum sepak mula yang akan diketuai Ultras Tranung. Keempat, tabung derma Palestin akan ditempatkan di setiap pintu masuk stadium. Kutipan akan dilakukan oleh Jabatan Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera," tulisnya.

395939061_320826567325451_8678811572670718777_n

Kibaran bendera Palestin dibuat penyokong Sang Penyu ketika aksi Liga Super menentang Sri Pahang. Facebook/Terengganu FC

Tawaran istimewa kelima bakal menyaksikan saluran radio tanah air, Manis FM dengan kerjasama kelab akan menawarkan cenderahati dengan edaran akan dibuat menerusi product toss kepada penyokong yang hadir.

Sebelum ini, konflik dalam dunia bola sepak global apabila badan pengurusan kelab menghalang kibaran bendera Palestin di stadium dengan alasan tidak mahu terlibat dari segi politik.

Oleh itu, langkah dibuat Terengganu FC berkenaan pastinya membuka mata peminat bola sepak tanah air mengenai sikap dan pendirian diambil kelab mengenai konflik tersebut.

Kibaran bendera negara berkenaan pernah dibuat ketika aksi Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL dalam aksi Pestabola Merdeka baru-baru ini.

Meskipun terdapat larangan daripada sebahagian pihak, penyokong memilih untuk meneruskan inisiatif mereka tersebut demi menyebarkan kesedaraan mengenai nasib dialami penduduk Palestin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram