Sandy Walsh pilih Jordi Amat atau Faisal Halim?


  • Podium
  • Selasa, 31 Okt 2023

Sandy musim ini masih beraksi bersama K.V. Mechelen di Liga Belgium. — Agensi

KESEMUA pasukan Liga Malaysia (Liga M) pastinya sedang sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi musim baharu apatah lagi saingan Liga Super tinggal beberapa sahaja baki perlawanan.

Johor Darul Ta'zim (JDT) antara pasukan yang sudah pun memulakan langkah awal dengan menandatangani pemain kelahiran Argentina, Jalil Elias secara percuma bermula musim depan.

Pelbagai khabar angin yang sedang bertebaran dengan kemasukan pemain-pemain import dan tempatan ke pasukan baharu mulai musim depan.

Antara nama yang hangat diperkatakan akan berhijrah antaranya ialah Sergio Aguero, Manuel Hidalgo, Azam Azmi Murad, Faisal Halim dan beberapa bintang lagi.

Namun ada satu nama yang menjadi bualan dalam kalangan media Indonesia ialah pemain warisan Sang Garuda, Sandy Walsh bakal menyertai sebuah pasukan di Liga Malaysia mulai musim depan.

Di Liga Malaysia pastinya ramai mengenali Jordi Amat sebagai pemain warisan Sepanyol-Indonesia yang sudah mula turun beraksi bersama skuad nasional Sang Garuda.

Tetapi bukan Jordi sahaja yang mendapat kerakyatan oleh kerajaan Indonesia, Sandy yang berdarah Belanda-Indonesia turut mengikuti jejak langkah kapten JDT itu.

Sandy yang beraksi sebagai pertahanan kanan itu beraksi di Liga Belgium dengan menyertai beberapa pasukan seperti KRC Genk, Zulte Waregem dan kini KV Mechelen.

Majoriti senaraikan tiga pasukan yang boleh mengintai khidmat pemain berusia 28 tahun itu untuk beraksi dalam Liga M musim depan:

Jordi Amat

Jordi mengenali Sandy selepas kedua-duanya beraksi untuk skuad kebangsaan Indonesia. Facebook/JDT

1. Johor Darul Ta'zim (JDT)

Mungkin ramai beranggapan faktor Jordi Amat, Sandy lebih tertarik untuk menyertai JDT daripada pasukan lain.

Selain faktor fasiliti dan beraksi dengan pemain-pemain terbaik Liga Malaysia, kemasukan Sandy dilihat lebih relevan untuk memberi saingan kepada Matthew Davies.

Dengan Syahmi Safari dilihat masih belum mampu menyaingi kehebat Davies, Sandy dilihat antara pesaing baik buat pertahanan kanan skuad kebangsaan itu.

Quentin Cheng

Prestasi Quentin dikiritik ramai penyokong Selangor musim ini. Instagram

2. Selangor FC

Jika kita bertanyakan kepada penyokong Selangor, posisi manakah yang paling mereka mahu Tan Cheng Hoe melakukan perubahan?

Ia pastinya posisi pertahanan kanan, selepas Quentin Cheng musim ini mendapat banyak kritikan daripada penyokong dengan prestasi yang tidak menentu itu.

Sandy mungkin antara jalan penyelesaian yang baik buat Gergasi Merah kerana berpengalaman beraksi dalam pentas tertinggi Liga Belgium.

Di samping itu, Sandy boleh beraksi sebagai pertahanan tengah jika Cheng Hoe mahukan perubahan taktikal.

Tentunya dengan perubahan taktikal akan membantu pasukan secara keseluruhan termasuk posisi lain di bahagian tengah dan serangan yang ditunjangi pemain utama Gergasi Merah seperti Brendan Gan dan Faisal Halim ketika ini.

Azam Azmi

Azam (kiri) dikhabarkan akan menyertai pasukan lain musim depan. Facebook/TFC

3. Terengganu FC

Azam Azmi Murad antara bintang pertahanan muda Terengganu yang disebut-sebut bakal menyertai dua buah pasukan gergasi dalam Liga M musim depan.

Jika khabar angin itu benar, ini sudah pastinya memberi tamparan hebat buat Sang Penyu untuk mencari pengganti yang ideal di posisi miliknya.

Sandy yang berpengalaman di pentas antarabangsa dengan mewakili skuad kebangsaan Belanda dalam pelbagai peringkat umur kecuali senior.

Pastinya boleh menjadi salah seorang pemain yang diintai oleh pihak pengurusan Terengganu jika serius mahu bersaing dalam Liga M musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram