Tidak ketinggalan, 6 tahun lalu Selangor turut terima sumbangan TMJ


  • Podium
  • Isnin, 30 Okt 2023

Subahan antara individu yang pernah berkerjasama dengan TMJ dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

ISU tunggakan gaji semakin hari semakin parah apabila dikhabarkan empat atau lima buah kelab didakwa mengalami masalah kewangan sehingga memberikan kesan kepada prestasi semasa pasukan masing-masing.

Kelantan FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) antara pasukan yang sudah mengeluarkan kenyataan bahawa memang berlakunya tunggakan gaji kerana situasi semasa masalah kantung kewangan tersebut.

Sebelum ini, dalam program bual bicara Astro Arena, Nindia Bola, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil sebagai tetamu baru-baru ini untuk memberikan pandangannya berhubung isu tunggakan gaji kelab Liga Malaysia.

TMJ memberikan kredit kepada beberapa pasukan yang masih stabil dalam membayar gaji pemain dan tidak mengalami masalah dengan isu tunggakan.

TMJ

TMJ pernah berjumpa pihak pengurusan Selangor untuk berkongsi pandangannya.

Antara pasukan yang disebut TMJ ialah Selangor FC yang kini di bawah pentadbiran Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tetapi adakah anda tahu bahawa TMJ juga pernah membantu Selangor untuk membayar gaji pasukan tersebut semasa Datuk Seri Subahan Kamal memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tempoh 2017-2018.

Perkara itu turut didedahkan oleh Subahan Kamal yang mengesahkan pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), TMJ pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada bekas pasukannya itu pada tahun lepas.

SHAH ALAM 28 JANUARI 2018. Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal berucap ketia di  Majlis pelancaran jersi Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Subahan pernah dilantik sebagai Presiden FAS.

Subahan berkata, sumbangan diberikan TMJ itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.

"Semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan baginda yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.

"Sekali lagi, di atas budi baginda kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan," katanya dalam kenyataan pada 22 Mac 2022.

Beliau memberi maklum balas itu berhubung ciapan X, TMJ pada 21 Mac mengenai bantuan kewangan kepada lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram