NAMA pengendali Terengganu FC II, Hairuddin Omar kini semakin mekar dalam kancah bola sepak tempatan.
Walaupun namanya sudah dikenali sejak dari dulu kerana statusnya sebagai bekas penyerang Harimau Malaya. Tetapi Hairuddin kini semakin dipandang tinggi kerana kredibilitinya sebagai jurulatih.
Kebolehannya membimbing Terengganu FC II ke perlawanan akhir Piala MFL musim ini telah mencuri tumpuan ramai pihak. Selain itu, kualiti bola sepaknya yang cemerlang telah membuatkan penyokong berasakan dia bakal menjadi jurulatih elit negara di masa depan.
Potensi besar yang ditonjolkan oleh Hairuddin pantas mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Football League (MFL) apabila namanya tersenarai sebagai satu daripada 10 jurulatih terbaik negara untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23).
Hairuddin Omar membawa TFC II ke perlawanan akhir Piala MFL. — Facebook/Terengganu FC II
MFL telah mengumumkan senarai akhir calon-calon untuk ABK23 dengan buat julung kali, kesemua pemain dan jurulatih dalam setiap kategori dicalonkan bersama baik daripada pasukan Liga Super atau Piala MFL.
Oleh itu, Hairuddin akan berdepan dengan Esteban Solari (Johor Darul Takzim), Tan Cheng Hoe (Selangor FC) dan juga pengendali skuad utama Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner untuk mendapatkan Anugerah Jurulatih Terbaik ABK23.
Dalam pada itu, nama-nama seperti Arif Aiman, Darren Lok serta Engku Nur Shakir menguasai pencalonan untuk Anugerah Penyerang Terbaik.
Manakala Ayron del Valle, Abu Kamara dan Bergson da Silva menguasai pencalonan Anugerah Pemain Import Terbaik ABK23.
Jordi Amat juga salah satu calon pemain import terbaik ABK23. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
MFL juga memperkenalkan dua anugerah baharu iaitu Anugerah Pemain Terbaik MFL dan Anugerah Penjaring Terbanyak Piala MFL untuk edisi kali ini.
Berikut merupakan senarai penuh pencalonan ABK23 bagi setiap kategori:
Penjaga gol terbaik
- Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta'zim)
- Izham Tarmizi Roslan (Sri Pahang FC)
- Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC)
- Nazul Izamil Zulkifli (Terengganu FC II)
- Ramdhan Ab Hamid (PDRM FC)
- Samuel Somerville (Selangor FC)
- Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
- Suhaimi Husin (Terengganu FC)
- Syakir Danial Ma'amal Hajri (Kedah Darul Aman FC B)
- Zulhilmi Sharani (Johor Darul Ta'zim II)
Pertahanan terbaik
- Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
- Dominic Tan (Sabah FC)
- Feroz Baharudin (Johor Darul Ta'zim)
- Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)
- La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta'zim)
- Matthew Davies (Johor Darul Ta'zim)
- Quentin Cheng (Selangor FC)
- Rizal Ghazali (Sabah FC)
- Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)
- Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC)
Pemain tengah terbaik
- Afiq Fazail (Johor Darul Ta'zim)
- Brendan Gan (Selangor FC)
- Endrick (Johor Darul Ta'zim)
- Hong Wan (Johor Darul Ta'zim)
- Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
- Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)
- Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)
- Sergio Aguero (Sri Pahang FC)
- Stuart Wilkin (Sabah FC)
- Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)
Penyerang Terbaik
- Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta'zim)
- Darren Lok (Sabah FC)
- Engku Nur Shakir Engku Yacob (Terengganu FC)
- Faisal Abdul Halim (Selangor FC)
- Gabriel Nistelrooy Tamin (Johor Darul Ta'zim II)
- Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
- Nabil Ahmad Latpi (PDRM FC)
- Shahrel Fikri Fauzi (Negeri Sembilan FC)
- Syahmi zamri (Terengganu FC II)
- Wan Zack Haikal Wan Nor (Perak FC)
Pemain import terbaik
- Abu Kamara (Kuching City FC)
- Ayron del Valle (Selangor FC)
- Bergson da Silva (Johor Darul Ta'zim)
- Fernando Forestieri (Johor Darul Ta'zim)
- Ivan Mamut (Terengganu FC)
- Jordi Amat (Johor Darul Ta'zim)
- Kpah Sherman (Sri Pahang FC)
- Luciano Guaycochea (Perak FC)
- Manuel Ott (Kedah Darul Aman FC)
- Saddil Ramdani (Sabah FC)
Pemain muda terbaik
- Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
- Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta'zim)
- Daryl Sham (Johor Darul Ta'zim II)
- Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
- Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC)
- Muhaimin Izuddin Asri (Kelantan FC)
- Nasyrullah Zaki (Sri Pahang FC)
- Safwan Mazlan (Terengganu FC)
- Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
- Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC II)
Pemain terbaik Piala MFL
- Ahmad Aysar Hadi Shapri (Johor Darul Ta'zim II)
- Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
- Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC)
- Asyraf Ahmad Kamal Tajul Arifin (PDRM FC)
- Daryl Sham (Johor Darul Ta'zim II)
- Gabriel Nistelrooy Tamin (Johor Darul Ta'zim II)
- Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid (Terengganu FC II)
- Nasyrullah Zaki (Sri Pahang FC)
- Syahmi Zamri (Terengganu FC II)
- Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC II)
Jurulatih terbaik
- Anuar Udin (PDRM FC)
- Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
- Esteban Solari (Johor Darul Ta'zim)
- Fandi Ahmad (Sri Pahang FC)
- Hairuddin Omar (Terengganu FC II)
- Mariano Raul (Johor Darul Ta'zim II)
- Nafuzi Zain (Kedah Darul Aman FC)
- Tan Cheng Hoe (Selangor FC)
- Tomislav Steinbruckner (Terengganu FC)
- Yusri Che lah (Perak FC)
Terdapat beberapa lagi kategori yang akan dinilai sepenuhnya oleh pihak juri iaitu Anugerah Pasukan Terbaik dan Anugerah Fair Play.
Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai, ia akan dipilih oleh jurulatih Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram