
KESUKARAN untuk mendapatkan minit permainan mendesak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk berhijrah secara pinjaman ke kelab Iceland, Njardvik FC dari pasukan asalnya, KV Kortijk.
Perpindahan yang dimeterai pada awal Januari lalu itu sememangnya disokong ramai kerana minit permainan dilihat cukup penting buat pemain berkenaan.
Meskipun langkah tersebut dilihat sebagai 'langkah ke belakang' buat Luqman, ia masih dipuji kerana dia meraih lebih banyak peluang di Iceland.
Dalam saingan Liga 2 Iceland, pemain berusia 21 tahun itu diturunkan sebanyak sembilan kali dengan satu jaringan dapat direkodkannya buat Njardvik FC.
Tidak cukup dengan itu, keputusan berkenaan menyaksikan Luqman diberikan peluang bekas pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, E Elavarasan dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 sebelum ini.
Jadi, terdapat kemungkinan pemain berkenaan akan memilih untuk kekal buat beberapa bulan di Iceland demi mendapatkan semula rentaknya sebagai seorang penyerang berkualiti.
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mengadakan sesi latihan peribadi di Belgium baru-baru ini.
Ketika ini, pemain berkenaan sedang beraksi secara pinjaman di kelab Iceland, Njardvik FC.
Kredit: @luqmansham10 pic.twitter.com/wRpwTXhHyQ
— Majoriti (@majoritionline) October 28, 2023
Tetapi, baru-baru ini, Luqman membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dia sudah kembali ke pangkuan KV Kortijk menurut berdasarkan satu ciapan di Twitter peribadinya.
"Ketika hari cuti, saya bersama-sama pelatih peribadi. Gembira untuk pulang ke Belgium. Ia merupakan negara dengan penduduk yang cukup baik. Terima kasih, John," tulisnya.
Hantaran itu dibuat berserta klip video memaparkannya berlatih dengan beberapa sesi khas sambil diperhatikan seorang jurulatih.
Berdasarkan maklumat, kontrak pinjaman Luqman bersama Njardvik FC akan berlanjutan sehingga penghujung tahun dengan pemain itu dilihat cukup selesa.
Jadi, terdapat kemungkinan video pendek di laman Twitter tersebut hanya memaparkannya berlatih di Belgium untuk satu tempoh sebelum kembali ke Iceland.
Sebelum ini, Luqman atau lebih dikenali sebagai 'Luqie' dikhabarkan bakal pulang ke tanah air setelah didesak kesemua pihak atas persembahannya yang mengecewakan dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23.
Tetapi, sekiranya dia memilih untuk menyertai mana-mana pasukan Liga Super, ia dilihat sebagai satu kelebihan buat mereka dengan pengalamannya cukup berharga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram