Bakal pengganti sehebat Dominic Tan sertai kelab divisyen ke-3 Jerman


  • Podium
  • Ahad, 22 Okt 2023

SV Waldhof Mannheim 07 berada di tangga ke-17 dalam carta Liga Bundesliga yang mana mereka mengumpul 12 mata selepas menghadapi 12 perlawanan.

KHABAR gembira datang dari Jerman apabila pemain pertahanan muda negara, Annil Vigneswaran dilaporkan bakal beraksi bersama SV Waldhof Mannheim 07 yang beraksi di divisyen ketiga liga bola sepak negara itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Harimau Abroad dalam laman X yang mana Annil bergambar bersama logo dan jersi pasukan itu.

Annil sebelum itu beraksi bersama kelab divisyen kedua iaitu SV Sandhausen dan dia menjadi sebahagian daripada skuad B-23 tahun negara yang beraksi di peringkat kelayakan AFC B-23 di Ulaanbaatar, Mongolia pada 2021

Penyenaraian Annil dalam skuad negara mencetus tanda tanya namun ketua jurulatih, Brad Maloney ketika itu menyatakan beliau dan staf kejurulatihan sudah lama memantau perkembangan pemain pertahanan itu.

Sebelum ini, Annil antara pemain pertahanan yang dicanang bakal menggantikan tempat bintang Harimau Malaya seperti Shahrul Saad, Dominic Tan dan Junior Eldstal, tiga tahun lalu.

MAIN PIX - 1

Annil menyertai SV Waldhof Mannheim 07 selepas beberapa bulan bergelar ejen bebas.

Pernah bergelar ejen bebas selama beberapa bulan, Annil sebelum ini pernah mewakili Freiburger FC di liga divisyen keenam Jerman namun dilepaskan pada Julai lalu.

Ketika ini, SV Waldhof Mannheim 07 berada di tangga ke-17 dalam carta Liga Bundesliga yang mana mereka mengumpul 12 mata selepas menghadapi 12 perlawanan.

Dengan kekal beraksi di Jerman, Annil menyertai beberapa pemain muda lain yang beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim Shamsuddin (KV Kortrijk) dan Nooa Laine (Seinnjoen Jalkapallokerho). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram