LEBIH ramai pemain yang setanding malah lebih baik dari Luqman Hakim Shamsuddin dan Arif Aiman akan dihasilkan menerusi penganjuran kejohanan Piala Supermokh pada masa akan datang.
Ini terbukti apabila beberapa pemain yang terdiri dari produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mula meniti dibibir beberapa pasukan dari luar negara yang turut sama menyertai kejohanan Piala Supermokh 2023 yang memasuki edisi ketujuh bermula 10 hingga 14 Oktober lalu.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, penganjuran yang memasuki edisi ketujuh kali ini sangat berjaya dengan penyertaan beberapa pasukan ternama dari luar negara.
“Prestasi bakat-bakat muda tempatan yang berjaya ditonjolkan diri sebagai pemain yang sangat berkaliber, pasukan yang sangat berkesan, maksudnya itu juga jadi satu hasil daripada setiap program yang telah kita anjur dan jalankan, ini satu berita sangat baik yang sudah semestinya perlu diteruskan pada masa akan datang.
“Beberapa pemain yang kita anggap prospek menerusi kejohanan ini telah dicungkil dan mencuri minat yang mana pemain (prospek) ini akan bermain di luar negara iaitu Jepun (Shonan Bellmare). Mereka akan terbang ke Jepun pada hujung bulan ini untuk mengikuti latihan di sana.
“Nampak ia satu hasil yang sangat baik dan mahu melihat lebih ramai lagi,” katanya pada majlis Majlis Makan Malam Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023, pada Sabtu.
Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 di AMD Gambang, Pahang.
Luqman yang juga generasi pertama daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu selain beberapa pemain seperti Umar Hakeem Suhar, Zikri Khalili, dan Harith Haiqal serta Arif Aiman.
Tambahnya lagi, Kementerian Belia dan Sukan penyertaan pasukan dari negara serantau akan turut serta pada penganjuran kejohanan pada masa akan datang.
“KBS menggalakkan kejohanan seumpama ini memandangkan ianya tidak melibatkan kos yang banyak yang mana kita boleh menjadikan AMD sebagai pusat latihan dan pada masa sama kita gunakan sebagai satu tempat penganjuran kejohanan yang memberikan pengalaman kepada semua berdepan pasukan-pasukan dari China, Croatia, Jepun dan juga Poland.
“Tentu sekali kita nak lihat lebih banyak lagi, mungkin negara-negara Serantau selepas ini antaranya Vietnam, Myanmar, Thailand, Singapura dan sebagainya boleh datang, kita oleh susun lebih banyak lagi penganjuran yang serupa kejohanan Supermokh ini,” jelasnya.
Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang pada 10 hingga 14 Oktober 2023 membabitkan 24 pasukan dari 10 negara.
Memasuki edisi ketujuh penganjuran tahun ini sejak diperkenalkan pada 2014, tiga kategori diperkenalkan iaitu Bawah 12, 13 dan 14 tahun dengan juara bertahan bagi setiap kategori turut serta pada kejohanan tahun ini.
Juara bagi kategori B12 menjadi milik NFDP A yang menewaskan Johor Darul Takzim (5-2), Kategori B13 milik AMD DREAM dengan kemenangan menerusi sepakan penalti (5-4) ke atas Lech Poznan FC (Poland) selepas terikat 1-1 masa perlawanan manakala Buriram United menjuarai kategori B14 menewaskan SSBJ (6-0). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram