Rezeki hadiahkan jam tangan buat isteri, Rashdan impi menang kondo demi keluarga


  • Bizz
  • Sabtu, 28 Okt 2023

Mohd Rashdan Rohani (tiga dari kiri) merupakan pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti bagi minggu ke-10. — Facebook

SEPERTI para pemenang mingguan sebelum ini, Kempen Langgan dan Menang Majoriti kembali menemui pembaca dengan menampilkan pemenang bagi minggu ke-10.

Teruja dengan hadiah mingguan yang diperoleh, seorang pekerja swasta, Mohd Rashdan Rohani, 49, tidak menyangka akan dipilih menjadi pemenang.

Rashdan merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu ke-10 Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

photo_6188427371477055558_y

Rashdan membawa pulang hadiah jam tangan wanita Braun Buffel. — Facebook

Berjaya membawa pulang jam tangan wanita Braun Buffel, Rashdan meluahkan rasa syukur dan berkata, hadiah tersebut akan diberikan kepada isterinya yang menggalakkan dia menyertai peraduan berkenaan.

"Alhamdullillah tak sangka dapat menang, sebab saya jarang sertai peraduan sebegini.

"Isteri saya yang suka masuk peraduan seperti ini, jadi hadiah ini saya akan berikan kepada dia," katanya kepada Majoriti.

Dia yang juga merupakan bapa kepada empat orang cahaya mata itu berharap agar dapat memenangi hadiah utama iaitu kondominium, LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor untuk keluarganya.

"Kalau boleh memang nak grand prize, tengok lah mana rezeki yang ada.

"Jika ditanya yang paling diidamkan sudah tentulah rumah, kerana untuk keluarga selain lokasi kediaman itu strategik dan menarik," jelasnya.

Dia yang bekerja di syarikat insurans itu turut mengajak orang ramai untuk menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti kerana ia amat mudah disertai dengan mereka perlu melanggan portal Majoriti dan berpeluang membawa pelbagai hadiah menarik.

"Kepada mereka yang belum menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti ini, bolehlah join kerana ia sangat senang.

"RM30 setahun, ia harga yang sangat berbaloi untuk para pembaca. Terima kasih Majoriti.

"Hanya langgan RM30, saya dapat hadiah lumayan yang bernilai lebih RM1,000," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram