Menang percutian ke PD, penjawat awam 'kaki travel' turut idam melancong ke Taiwan


  • Bizz
  • Rabu, 25 Okt 2023

Mohd Syahfaris Mansor (kiri) mahu bercuti ke Lexis Port Dickson selama dua hari satu malam bersama isterinya, Azleen Rahman (kanan).

REZEKI tidak pernah salah alamat, Mohd Syahfaris Mansor, 41, bersyukur diberi peluang menjadi salah seorang pemenang mingguan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Meluahkan keterujaannya, Syahfaris menyatakan hasratnya untuk meluangkan masa berdua dengan isterinya selepas memenangi hadiah mingguan berupa percutian ke Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan termasuk sarapan di Executive Water Chalet.

"Saya sangat gembira bila diumumkan sebagai pemenang mingguan, dapatlah saya luangkan masa dengan isteri selama dua hari satu malam di Port Dickson," katanya kepada Majoriti.

Beliau yang merupakan penjawat awam turut menyimpan harapan untuk memenangi hadiah lebih besar iaitu tiket percutian ke Taiwan untuk dua orang.

"Saya memang kaki travel, jadi mahu rebut untuk jadi pemilik hadiah percutian tiket ke Taiwan bernilai RM10,000.

"Setakat ini, saya memang banyak melancong tetapi dalam negara sahaja, jadi kalau terpilih berpeluanglah untuk meneroka negara Taiwan.

"Malah, memang berbaloi untuk rebut hadiah ini kerana pemenang bakal membawa pulang dua tiket sekaligus, mana tahu ada rezeki untuk bawa isteri ke negara itu," katanya.

WhatsApp Image 2023-10-24 at 4.41.44 PM

Syahfaris merupakan pemenang minggu kelapan bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Syahfaris turut memuji portal Majoriti sebagai satu platform yang bagus untuk mengetahui isu semasa.

"Portal Majoriti saya suka, artikel yang ada dalam portal selalu dikemaskini, memang mudah untuk dibaca," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram