Teruja menang percutian ke Lexis Port Dickson, Siti mahu kongsi rezeki dengan kawan


  • Bizz
  • Jumaat, 27 Okt 2023

Siti merupakan pemenang minggu kelapan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TIDAK menyangka mampu terpilih, Siti Noratikah Samin, 34, bersyukur kerana menjadi salah seorang pemenang mingguan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Meluahkan keterujaannya, Siti menyatakan hasratnya untuk meluangkan masa bersama rakannya selepas memenangi hadiah mingguan berupa percutian ke Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan termasuk sarapan di Executive Water Chalet.

"Saya sangat gembira apabila dipilih menjadi pemenang mingguan, dapat pula hadiah percutian di Port Dickson.

"Tempat yang dipilih itu sangat popular, bolehlah saya meluangkan masa sepuas-puasnya selama dua hari satu malam dengan kawan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-10-26 at 8.29.09 PM

Siti memenangi bagi hadiah percutian ke Lexis Port Dickson selama dua hari satu malam.

Siti yang merupakan pembantu jualan mengakui hanya mengambil masa yang singkat untuk bertuah memenangi hadiah mingguan.

"Saya baru sahaja langgan, tiba-tiba dapat panggilan beritahu saya menang hadiah, memang terkejutlah.

"Mudah sangat caranya, pergi ke portal Majoriti selepas itu langgan sahaja," katanya.

Tanpa berselindung, Siti turut mengidamkan untuk merebut hadiah utama yang ditawarkan berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati.

"Hadiah kondo itu memang sangat lumayan untuk direbut kerana bernilai RM602,800.

"Saya ingin jadikan itu sebagai rumah pertama saya kalau ada rezeki, jadi senang bila ada rumah sendiri.

"Apatah lagi, jika peroleh kondo hanya dengan melalui peraduan seperti ini, pastinya pemenang hadiah utama akan berasa sangat puas menyertai peraduan ini," katanya.

Siti turut berasa sangat berbaloi menyertai kempen Langgan dan Menang kerana dia dapat mengetahui pelbagai maklumat menarik melalui portal ini.

"Semestinya saya suka portal ini, kerana pelbagai maklumat mengenai hal yang terjadi di dalam negara dan luar negara diketahui hanya dengan membaca portal ini," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram