Muncul pemenang mingguan Langgan & Menang, suri rumah idam kondo nak tambah aset untuk cucu


  • Bizz
  • Khamis, 26 Okt 2023

Habsah merupakan pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang minggu kelapan.

BERSYUKUR dengan rezeki yang dikurniakan, Habsah Dollah, 56, teruja apabila diumumkan sebagai pemenang Kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu kelapan.

Habsah yang merupakan seorang suri rumah yang aktif menjahit sememangnya menyimpan impian untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan.

Dia yang menetap di Negeri Sembilan itu sempat berkongsi tentang hasratnya yang mengidamkan untuk memiliki sebuah lagi rumah iaitu kondo menjadi harapan utamanya.

"Kalau tanya saya, memang rumah kondo yang memang saya idamkan kerana mahu jadikannya sebagai aset tambahan.

photo_6181646910901827882_y

Habsah (belakang, kanan) bersama keluarga tersayang.

"Tetapi saya memang fokus untuk menang hadiah rumah kerana boleh juga dijadikan sebagai homestay (rumah tumpangan) atau rumah untuk saya dan keluarga menginap secara santai atau ketika bercuti.

"Selain aset tambahan, rumah itu pun saya boleh juga bagi kepada cucu saya," katanya kepada Majoriti.

Bukan itu sahaja, hadiah utama berupa baucar AEON bernilai RM25K juga menjadi pilihan keduanya.

Habsah yang juga merupakan bekas pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) di beberapan kawasan di Negeri Sembilan itu tidak lupa juga memberi pandangannya terhadap kempen yang sedang berlangsung.

"Bagi saya kempen ini sangat bagus dan harga langganan yang ditawarkan pun sangat berbaloi.

Menurutnya, selain dapat memenangi hadiah menarik, Kempen Langgan dan Menang Majoriti juga dapat memberi pendekatan yang baik dalam menyampaikan pelbagai berita dan informasi terkini.

"Saya pun bukan pertama kali lihat Majoriti, jadi memang saya akui portal ini banyak memberi pelbagai berita dan input baharu sekali gus membuatkan saya seronok untuk baca," tambahnya.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Pembaca Majoriti juga berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali kedua ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram