Rezeki pindah balik kampung, penjawat awam mahu rebut baucar AEON RM25,000 beli keperluan rumah


  • Bizz
  • Selasa, 24 Okt 2023

Hafizzuhaili gembira selepas mendapat tahu terpilih menjadi pemenang minggu kelapan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Mohd Hafizzuhaili Md Isa, 38, kini menaruh harapan yang lebih besar untuk memenangi hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Hafizzuhaili merupakan salah seorang daripada 12 pemenang minggu kelapan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang membawa pulang minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50ml berkongsi perasaan gembiranya selepas mengetahui masih berpotensi untuk memiliki hadiah utama berupa e-Gift baucar beli-belah AEON bernilai RM25,000.

Hafizzuhaili berkata, dia ingin merebut baucar AEON kerana menyimpan hasrat untuk membeli kelengkapan rumah memandangkan dia baru sahaja berpindah ke kampungnya di Kedah.

"Pelbagai barangan meliputi semua aspek terjual di AEON, jadi jika terpilih untuk jadi pemenang, dapatlah saya melengkapkan barangan keperluan rumah saya," katanya.

WhatsApp Image 2023-10-23 at 8.42.17 PM

Hafizzuhaili merupakan pemenang yang berjaya membawa pulang minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50ml.

Hafizzuhaili yang merupakan seorang penjawat awam turut meluahkan rasa bersyukur kerana mampu terpilih sebagai pemenang minyak wangi bernilai RM360.

"Saya sangat gembira bila dapat panggilan daripada Majoriti mengenai kemenangan ini, saya rasa bertuah apabila terpilih sebagai pemenang mingguan.

"Dapat pula hadiah minyak wangi yang berkualiti, bolehlah saya hadiahkan pada isteri," katanya.

Hafizzuhaili berkata, tanpa dorongan daripada mana-mana pihak, dia tertarik untuk memasuki kempen Langgan dan Menang Majoriti selepas membaca portal kandungan portal itu.

"Saya sudah lama ikuti Facebook Majoriti kerana banyak perkongsian berita-berita sukan terutamanya berita bola sepak tempatan.

"Jadi, bila ada terlihat adanya kempen ini menerusi laman Facebook, saya terus join sahaja," katanya.

Hafizzuhaili turut berasa sangat berbaloi menyertai kempen tersebut kerana langganan bagi portal berita Majoriti sudah diberi potongan harga yang bukan sahaja murah, malah membolehkannya berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

"Tak rugi langgan pada harga RM30 sahaja, bahkan dengan pulangan hadiah atau baucar yang diberikan, ia sangat berbaloi," katanya.

Selain itu, dia turut memberi pandangan mengenai laman Majoriti selepas menjadi pembaca portal berkenaan.

"Bagi saya, laman Majoriti menyediakan platform berita yang terkini dan interaktif.

"Ia menepati trend berita terkini yang mudah diakses di mana-mana asalkan ada capaian internet.

"Laman Majoriti juga bagi saya tidak terlalu sibuk dengan iklan selain berita yang disampaikan juga sensasi, padat dan ringkas," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram