Peluang dapat e-baucar percuma sempena ulang tahun ke-2 Majoriti


  • Bizz
  • Khamis, 26 Okt 2023

Hadiah e-baucar yang ditawarkan sempena ulang tahun kedua Majoriti.

KEBIASAANNYA jika tiba ulang tahun hari lahir, pastinya individu atau sesebuah entiti yang menerima hadiah daripada orang lain bagi meraikan hari bermakna itu.

Tampil berbeza daripada kelaziman, portal Majoriti menghadirkan kelainan dengan membuat tawaran menarik kepada orang ramai khususnya buat pembaca untuk memenangi hadiah.

Ulang tahun kedua kali ini menyajikan bukan hanya satu ganjaran istimewa tetapi dua hadiah iaitu e-baucar secara percuma untuk anda semua.

Bersempena hari jadi kedua portal berita Majoriti, orang ramai berpeluang mendapatkan e-baucar minuman dan makanan dari rangkaian restoran eksklusif.

photo_6181646910901827884_y

Baucar RM10 Starbucks yang ditawarkan.

Dengan hanya satu klik ke pautan tersebut, pembaca boleh mendapatkan hadiah e-baucar bernilai RM40 itu secara mudah.

Hadiah e-baucar tersebut meliputi RM30 Restoran Chef Wan dan RM10 Starbucks yang membolehkan orang ramai menikmati hidangan lazat dan menghirup kopi eksklusif.

Peluang yang bukan calang-calang ini juga akan dibuka kepada semua orang tidak mengira had umur bermula 26 Oktober (Khamis).

photo_6181646910901827883_y

Baucar RM30 Restoran Chef Wan.

Tidak perlu tunggu lagi, orang ramai juga boleh merebut peluang terhad dengan hanya klik link yang tertera di portal Majoriti.

Pada masa sama, pembaca juga diajak untuk menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti bagi memenangi hadiah mingguan serta hadiah utama yang lebih premium dan menarik.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti boleh disertai dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram