PRESTASI pasukan Liga Super, Perak FC semakin meningkat semenjak diambil oleh pengendali Yusri Che Lah.
Selepas berjaya mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala Malaysia, The Bos Gaurus meneruskan rentak cemerlang mereka apabila mula mengutip mata demi mata dalam saingan liga.
Prestasi itu diteruskan oleh Perak apabila melayan kunjungan Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh.
Mereka berjaya meraih kemenangan terbesar musim ini apabila menewaskan The Red Warriors 8-0 dan ini amat membantu Perak dalam usaha membaiki kedudukan dalam liga.
Kemenangan tersebut berjaya memberikan senyuman kepada penyokong Perak. Tambahan pula menyaksikan penyerang mereka iaitu Luka Milunovic meledak hatrik.
Sejak datang menyertai Perak, Milunovic tidak berhasil untuk mendapatkan sebarang gol untuk The Bos Gaurus. Tetapi kali ini, dia berjaya meledak hingga menghasilkan hatrik.
"Luka Milunovic on fire. Bila jaringkan gol, keyakinan pun datang. Bila keyakinan datang, buat macam mana pun menjadi, hantar bola pakai dada pun menjadi," kata penyokong bernama Fakhrul Doherty.
"Luka baru jumpa gol. Tak jadi hantar balik musim depan," komen Solihin Hassan.
"Fuhh dah lama Perak tak dapat hatrik. Terbaik Perak," ujar Said Khalaf.
Walaupun gembira dengan kemenangan yang diraih, tetapi penyokong Perak tetap bersimpati dengan nasib menimpa skuad Kelantan.
Jelas sekali, hasil daripada kegagalan pengurusan yang baik telah membuatkan Kelantan tidak mampu untuk bersaing dengan hebat bersama pasukan-pasukan Liga Super yang lain.
"Untuk Kelantan, kami bersimpati dengan apa yang jadi. Pengurusan teruk. Sebab dulu Perak FC pernah lalui susahnya macam mana, gaji tak bayar. Sekarang ALHAMDULILLAH. Semoga Kelantan kembali gah suatu hari nanti," kata Mohd Riduwan.
"Terbaik, tapi kesian betullah Kelantan 'barai' gila," komen Zahid Hassan.
Selain daripada ledakan hatrik Milunovic, Perak memperoleh gol hasil jaringan berganda Seo Seonung, serta satu masing-masing sumbangan Wan Zack Haikal, Shivan Pillay dan Luciano Guaycochea. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram