Tampil cemerlang lawan NSFC, KDA wajib 'ikat mati' khidmat Bojan Ciger


  • Podium
  • Sabtu, 28 Okt 2023

Bojan Ciger menghasilkan persembahan mantap bertemu Negeri Sembilan FC. — Facebook/KDA FC

KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC mungkin sedang mengalami pelbagai masalah terutamanya melibatkan kewangan, namun mereka tetap memberikan berusaha untuk memberikan persembahan cemerlang.

Musim ini, skuad kendalian Nafuzi Zain ini membawa masuk pelbagai nama yang hebat-hebat apabila melibatkan pemain import. Manuel Hidalgo, Bojan Ciger dan Amirbek Juraboev antara beberapa nama import yang tidak mengecewakan untuk Sang Kenari.

Walaupun KDA mengalami pelbagai masalah ketika ini, tetapi persembahan beberapa pemain tidaklah merudum dengan teruk. Masih terdapat beberapa pemain yang masih melakukan persembahan baik ketika perlawanan.

Contohnya adalah Bojan Ciger, pemain dari Serbia ini dilihat menjadi nadi kepada bahagian pertahanan KDA.

Ketenangannya dalam mengawal bola begitu menepati taktikal Nafuzi yang gemar membina serangan dari bahagian bawah. Oleh itu, Ciger begitu sesuai dengan corak permainan Sang Kenari.

395507760_369410335440150_1537741426139395379_n

Bojan Ciger cemerlang bersama-sama KDA ketika bertemu NSFC. — Majoriti

Persembahan yang ditonjolkan oleh Ciger terutamanya ketika bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Star pada 28 Oktober telah membuatkan penyokong berasa pemain itu perlu dikekalkan pada musim depan.

Penyokong berpendapat, Sang Kenari perlu melakukan apa sahaja demi memastikan Ciger kekal sebagai pertahanan KDA pada musim depan dan tidak terlepas ke pasukan lain.

"Bojan Ciger tu kena jaga elok-elok jangan bagi lepas ke pasukan lain. Gadai la apa-apa pun janji musim 2024 dia ada dalam pasukan," kata penyokong bernama Abdul Razak Abdullah.

395455353_7068001999906213_8661092440056310368_n

Manuel Ott menjaringkan gol pertama KDA. — Zaff Pictures

Pendapat itu disokong oleh penyokong lain yang turut berasakan selain Ciger, Juraboev juga perlu dikekalkan oleh KDA pada musim depan.

Pemenang Pestabola Merdeka musim 2023 bersama-sama Tajikistan ini beraksi dengan baik buat KDA di bahagian tengah.

"Bojan Ciger, Amirbek Juraboev wajib kekal musim depan. Susah nak dapat pemain import tahap macam tu," komen Khairul Izzat.

Persembahan cemerlang dari Ciger berjaya membantu KDA untuk memperoleh kemenangan ke atas NSFC dengan jaringan 3-0.

Manuel Ott, Juraboev serta Ifedayo Olusegun menjaringkan gol untuk tuan rumah dalam misi mereka cuba menghambat Selangor FC di kedudukan kedua Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram