SELEPAS satu demi satu masalah yang melanda pasukan Kelantan FC, kini pemain-pemain The Red Warriors (TRW) tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan mereka selepas isu dalaman kelab masih belum selesai.
Menerusi Instagram seorang pemain muda Kelantan, pasukan itu menghadapi empat isu utama yang sedang menjadi punca utama prestasi TRW merosot.
Empat masalah tersebut antaranya ialah tunggakan gaji, tiada air, padang latihan dan pasukan itu dikhabarkan tidak cukup pemain selepas dia meletakkan emoji pangkah.
Nampaknya isu Kelantan kelihatan semakin parah susulan tiadanya padang latihan dan pemain untuk meneruskan baki saingan liga.
Tangkap layar Instagram dipercayai milik pemain Kelantan.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan, Ahmad Muzakkir Hamid menyatakan bahawa padang latihan TRW kini sudah berpindah tempat.
"Mengenai padang latihan Kelantan FC kita telah berpindah ke padang baru yang mana kadar sewanya lebih rendah," katanya dalam Facebook.
Setakat ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan mengenai posting tersebut.
Untuk info, Kelantan kini menjadi satu-satunya pasukan yang tidak memiliki pemain import selepas kesemua mereka memutuskan untuk menamatkan kontrak susulan tunggakan gaji.
Kelantan akan berdepan Perak FC dalam perlawanan Liga Super bagi meneruskan baki saingan di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.
Namun menjadi persoalan adakah skuad TRW memiliki cukup pemain untuk beraksi dalam perlawanan tersebut? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram