Tempoh rehat paling lama sejak bergelar jurulatih — Cheng Hoe


  • Podium
  • Khamis, 26 Okt 2023

Cheng Hoe mengakui sukar untuk mencari perlawanan kompetitif buat pasukannya. — Facebook/Selangor FC

KETUA jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, akui gusar memikirkan keperluan pasukannya untuk mendapatkan perlawanan kompetitif kerana mereka hanya akan kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada 25 November ini.

Ia menyaksikan pasukan Gergasi Merah itu akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih, lapor Stadium Astro.

Sebagi rekod, kali terakhir Selangor beraksi dalam perlawanan kompetitif adalah ketika menewaskan Terengganu FC 4-0 dalam perlawanan Liga Super di tempat lawan pada 29 September lalu.

Gombak FA

Seramai tujuh ribu penyokong hadir menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Selangor dan Gombak FA. — Facebook/Gombak FA

"Untuk tempoh tanpa aksi yang agak lama, lebih kurang dua bulan tanpa aksi kompetitif, memang sedikit sebanyak boleh menjejaskan suasana pasukan tetapi mereka sebagai pemain dan kami sebagai jurulatih, perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

"Kerana yang penting adalah sasaran kami untuk berada di tangga kedua liga dan perlu bekerja keras untuk memastikan pasukan sentiasa dalam keamatan dan tempo yang baik apabila menentang mana-mana pasukan nanti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Selangor seterusnya akan berdepan Perak dalam saingan Liga Super pada 25 November ini. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram