RATA-RATA penyokong Selangor FC bersetuju jika pihak pengurusan mengambil Romel Morales Ramírez sebagai pemain import baharu bagi memperkuatkan serangan skuad Gergasi Merah musim depan.
Romel yang sudah beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2018 bersama PKNS FC kini dalam proses akhir untuk dinaturalisasikan sekali gus layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Namun menerusi perkongsian Palatao Bola dalam Instagram menyatakan bahawa Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak akan meneruskan proses naturalisasi Romel jika dia enggan menyambung kontrak bersama The City Boys musim depan.
Situasi itu menyaksikan penyokong-penyokong Selangor mahu pihak pengurusan segera menandatangani Romel yang memasuki usia 27 tahun pada musim depan.
Majoriti senaraikan pro-kontra jika Romel memilih untuk beraksi di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe musim depan:
Romel boleh beraksi di posisi nombor 10, penyerang dan sayap kanan.
Pro:-
1. Status naturalisasi
Jika pihak pengurusan KL City tidak mahu meneruskan proses naturalisasi Romel, Selangor mungkin boleh mengambil tanggungjawab itu untuk merealisasikan impian ekor Harimau Malaya untuk melihat pemain itu menyarung jersi skuad kebangsaan.
Pemain berusia 26 tahun itu sudah layak untuk dinaturalisasikan selepas lebih lima tahun beraksi dalam Liga M bersama tiga buah kelab iaitu PKNS FC, Melaka United dan KL City.
Ini dilihat bakal menjadi kelebihan buat skuad Gegasi Merah kerana akan mempunyai lebihan pemain asing tanpa menggunaka kuota import.
2. Terbukti dalam Liga M
Tidak perlu diperkenalkan lagi bekas penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021 yang membantu Kuala Lumpur City FC (KL City) menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan JDT pada tahun tersebut.
Boleh beraksi di posisi nombor 10, penyerang dan sayap kanan, pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol serta satu assist dalam 19 perlawanan bersama The City Boys.
Romel juga antara pemain termuda import yang menjadi tonggak utama pasukan bagi beraksi di posisi penyerang dalam Liga M.
Sejak beraksi dalam Liga M, Romel sudah menjaringkan 35 gol dan 12 assist sejak beraksi dalam Liga M.
Romel mula beraksi dalam Liga M bersama PKNS FC.
Kontra:-
1. Saingan pasukan lain
Semestinya banyak pasukan-pasukan Liga M akan mengejar Romel jika dia bergelar pemain naturalisasi musim depan.
Ini kerana semua mengetahui kelebihan yang ada padanya sebagai seorang pemain import yang boleh beraksi di posisi penyerang, nombor 10 dan pemain sayap.
Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC pastinya turut mengintai peluang untuk merekrut pemain ini kerana hanya dua pasukan itu yang tiada masalah tunggakan gaji setakat ini.
2. Kesesuaian taktikal Cheng Hoe
Jika Selangor mendapatkan Romel adakah pemain kelahiran Colombia itu sesuai untuk beraksi di bawah Cheng Hoe yang mana taktikalnya berlainan dengan jurulatih sedia ada.
Ini kerana Romel pernah beraksi hambar bersama Melaka United meskipun cemerlang dengan PKNS FC yang menyaksikan dia mencetak tujuh gol dan melakukan enam assist.
Namun bersama Melaka, dia hanya merekodkan tiga gol dalam 11 penampilan sebelum menemui sentuhannya dengan KL City apabila menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram