'19 shots, 11 ofsaid', Terengganu FC ulangi skrip Bali United bangkit ikat Stallion Laguna


  • Podium
  • Khamis, 26 Okt 2023

Habib dikawal ketat oleh pemain-pemain Laguna. — Facebook/AFC

TERENGGANU FC (TFC) berjaya menamatkan badi pasukan Malaysia minggu ini apabila bangkit mengutip satu mata dalam Piala AFC apabila mengikat Stallion Laguna FC 2-2 dalam perlawanan Piala AFC pada Khamis.

Anak-anak buah Tomislav Steinbruckner dijangka mudah menewaskan Stallion Laguna tersentak dengan jaringan awal menerusi sepakan percuma Griffin McDaniel (Laguna) yang gagal dibaca oleh Suhaimi Husin pada minit keenam perlawanan.

Walaupun Terengganu mengawal tempo permainan sebanyak 70 peratus, namun barisan serangan Skuad Penyu gagal menembusi benteng pertahanan Laguna yang dilihat lebih bermain secara defensif.

Hampir tamat separuh masa pertama, TFC sekali lagi dikejutkan dengan serangan balas dilakukan oleh Laguna yang gagal dibaca oleh benteng pertahanan tuan rumah menerusi jaringan Ngong Sam pada minit ke-40 permainan.

Namun begitu, Sony Norde tidak mengibarkan bendera putih lebih awal apabila dia menjaringkan gol sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan.

Habib Haroon

Habib menjadi tonggak utama TFC menentang Laguna. Facebook/TFC

Bersambung babak kedua, Terengganu terus melakukan serangan bertali arus ke kawasan pertahanan Laguna yang mana pasukan pelawat itu lebih selesa meletakkan lapan pemain sebagai pertahanan.

Laguna yang hanya meletakkan seorang penyerang di bahagian atas gagal menembusi pertahanan Terengganu selepas mudah dikawal oleh anak-anak buah Tomislav.

Bagaimanapun, Terengganu gagal menyamakan kedudukan meskipun mengawal tempo permainan dan terus menerus menyerang benteng pertahanan pihak lawan.

Memasuki masa kecederaan Adisak Kraison menjadi wira TFC selepas mudah melakukan tandukan ke dalam gawang gol hasil hantaran Sony Norde.

Dalam perlawanan itu, TFC berjaya melakukan 19 'shots' namun gagal menghadirkan jaringan yang besar buat Skuad Penyu.

Keputusan kekal dengan 2-2 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Keputusan Penuh

Keputusan penuh perlawanan antara Terengganu dan Laguna. Facebook/TFC

Perlawanan itu sekali gus mengulangi skrip sama ketika menentang Bali United apabila TFC bangkit mengikat kelab Indonesia pada minit kecederaan di halaman lawan.

Penyokong TFC gembira dengan persembahan Sony Norde namun berasakan cuaca panas dan kecergasan menjadi faktor Skuad Penyu gagal mengutip tiga mata penuh ke atas Laguna.

Namun begitu, penyokong menyifatkan pemain-pemain TFC banyak mensia-siakan hantaran dan peluang sekali gus gagal memanfaatkan peluang terhidang.

"11 ofsaid daripada TFC, harap Tomislav boleh tengok balik apa masalah barisan serangan Skuad Penyu sebelum lawan KL City," kata Nurafis Hamzah.

"Perlawanan ini nampak faktor cuaca memainkan peranan, sebab pemain lambat panas dan gagal adaptasi dengan corak permainan," jelas Roslan Azman.

"Hampir-hampir dimalukan, banyak hantaran sia-sia. Mungkin faktor kecergasan menjadi punca, apa-apa pun syabas TFC, satu mata di tempat sendiri," luah Penyiasat Kecil.

"Sony bermain baik hari ini, tapi mungkin cuaca dan kecergasan dia gagal tampil terbaik dengan perlawanan ini," ujar Ahmad Ja'afar.

Keputusan seri itu mengekalkan Terengganu di tempat kedua Kumpulan G selepas Central Coast Mariners menewaskan Bali United 6-3 pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram