ISU tentang penindasan zalim rejim Zionis terhadap rakyat Palestin mula mendapat liputan luas media seluruh dunia apabila Malaysia juga tidak ketinggalan menyatakan sokongan terhadap bumi Baitulmuqaddis itu.
Tidak ketinggalan, ramai bintang bola sepak dunia turut menzahirkan perasaan mereka terhadap isu tersebut namun dihalang oleh majikan masing-masing sehingga ada pemain yang sudah diberikan amaran.
Antara bintang yang mendapat amaran daripada majikan pasukan masing-masing ialah Noussair Mazraoui (Bayern Munich) yang beraksi di Bundesliga (Jerman).
Namun tidak bagi negara ini apabila rakyat Malaysia bersama Palestin mendukung perjuangan negara itu untuk bebas dan merdeka daripada cengkaman Israel.
Pada Selasa, laungan 'Hidup Gaza' dan 'Free, Free Palestine' bergema di Axiata Arena, Bukit Jalil sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin.
Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama hadir bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel.
Kebanyakan yang hadir memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul di bawah satu bumbung demi satu misi, iaitu mendesak agar Israel menghentikan segera serangan ke atas Palestin.
Tangkap layar Insta Story Safawi Rasid pada Selasa.
Namun, timbul isu yang dikongsikan pelakon dan pengarah Michael Ang apabila lantang tidak bersetuju mengenai dakwaan menyatakan laungan takbir menyinggung perasaan kaum lain di negara ini.
"Laungan takbir 'is offensive' sebab negara berbilang kaum?
"Siapa yang macam itu. Rakyat Malaysia yang bukan islam okay sahaja dengan laungan takbir mungkin ada segelintir yang bising," katanya dalam Instagram.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Safawi Rasid yang memuat naik semula hantaran Michael menerusi Insta Story.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa anak kelahiran Terengganu itu peka dengan situasi semasa yang berlaku di Palestin sekali gus secara tidak langsung menyokong Safawi turut senada dengan Michael dalam menyokong rakyat bumi Baitulmuqaddis itu.
Untuk rekod musim ini, Safawi telah melakukan dua penampilan bersama JDT selepas baru pulang daripada Ratchaburi FC secara pinjaman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram