Bangga dengan pencapaian semasa, Nonet dedah pemain paling kuat dalam Selangor FC


  • Podium
  • Rabu, 25 Okt 2023

Selangor kini berada di tempat kedua dan berada dalam landasan terbaik untuk ke Asia musim depan.

PEMAIN tengah Selangor FC, Aliff Haiqal Lau atau lebih mesra dipanggil 'Nonet' mendedahkan bintang paling kuat dalam skuad Gergasi Merah musim ini ialah Sharul Nazeem atau dikenali sebagai Afro.

Perkongsian tersebut diluahkan pemain berusia 23 tahun itu dalam segmen 'what the podcast' yang dimuat naik oleh Selangor FC dalam Youtube pada 12 Oktober lalu.

Menurutnya, dia berasakan Shahrul pemain paling kuat dan keras dalam Selangor berbanding import kerana pemain muda itu memiliki karakter 'beast' dalam corak permainannya.

"Saya pernah sakitkan dia, masa dekat PKNS FC pun saya pernah sakitkan dia, dekat sini (Selangor) pun pernah sakitkan dia.

"Tetapi saya rasa Afro (Shahrul) kerana dia memang seorang pemain yang ada karakter 'beast'," katanya.

Bekas pemain PKNS FC itu juga merasa bangga melihat perjalanan karier yang dilalui Shahrul meskipun bermula daripada liga sosial sehingga kini.

"Saya rasa bangga sebab kalau orang kata kalau daripada bawah sampai ke atas, saya rasa dia orangnya.

"Dia tak macam saya, kalau macam saya daripada sekolah sukan yang mana memang dah 'plan' untuk jadi pemain bola daripada kecil.

"Macam dia tidak, sekejap dia ping pong, sekejap takraw jadi bila kita dengan dia punya perjalanan itu untuk menjadi pemain profesional itu memang saya bangga.

"Sebab tiada siapa sangka pemain daripada liga sosial dapat main Belia, Presiden, Selangor II, skuad utama dan pemain kebangsaan.

"Malah dia pemain pertahanan terbaik dalam negara setakat ini," jelasnya.

Selangor bakal menerima kunjungan Perak FC pada 25 November depan sekali gus wajib memenangi perlawanan itu demi mengekalkan kedudukan sebagai naib juara Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram