[VIDEO] Penjaga gol buat tindakan murni, tolak pemain lawan elak dari terlanggar tiang


  • Podium
  • Isnin, 23 Okt 2023

Fernando Muslera menyelamatkan pemain lawan daripada mengalami kecederaan ketika beraksi. — Agensi

SUKAN bola sepak semenangnya merupakan permainan yang cukup kompetitif. Di tahap profesional, setiap pasukan perlu berjuang habis-habisan demi memperoleh kejuaraan.

Semangat kompetitif yang ditonjolkan menjadikan sesebuah perlawanan bola sepak diadakan dengan cukup baik. Namun begitu, di sebalik saingan sengit, semangat kesukanan tidak boleh dilupakan.

Semangat kesukanan adalah rencah berbeza yang menjadikan bola sepak sukan yang amat disukai oleh penduduk dunia.

Ditambah pula apabila ia diadakan pada perlawanan panas, semangat kesukanan boleh meredakan sedikit ketegangan yang berlaku di atas padang.

Itulah yang terjadi ketika perlawanan penting dalam saingan domestik Turki melibatkan dua gergasi negara tersebut iaitu Galatasaray dan Besiktas.

100570

Muslera merupakan legenda Galatasaray. — Agensi

Ketika perlawanan berlangsung, tercetusnya detik munculnya semangat kesukanan antara kedua-dua pasukan.

Ketika Besiktas sedang menyerang, bola yang dihantarkan ke kotak penalti Galatasaray terlalu kuat untuk dikejar oleh Valetin Rosier.

Oleh kerana hendak mengejar bola tersebut, Rosier yang mengelincirkan badannya tidak dapat mengawal kelajuannya dan hampir melanggar tiang gol.

Mujur penjaga gol Galatasaray, Fernandro Muslera bertindak seperti wira apabila menolak sedikit Rosier. Walaupun tolakan itu tidak begitu kuat, namun ia berjaya menyelamatkan Rosier daripada terlanggar tiang seperti dalam rakaman di Twitter (X).

Tindakan Muslera itu berjaya menyelamatkan Rosier daripada mengalami kecederaan jika terlanggar tiang gol itu dan seharusnya diberikan pujian kerana menonjolkan semangat kesukanan dalam diam.

Galatasaray dalam perlawanan tersebut hasil jaringan berganda Mauro Icardi. Alex Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol untuk Besiktas menjadikan keputusan akhir 2-1.

Dengan kemenangan tersebut, Galatasaray menduduki tangga kedua saingan domestik Turki sementara Besiktas berada di tangga keempat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram