Lepas julang Liga M3, ubi NSFC ada peluang belajar dengan Faisal Halim


  • Podium
  • Isnin, 23 Okt 2023

Javabilaarivin memainkan peranan penting dalam misi Imigresen FC meraih kejuaraan Liga M3. — Facebook/Imigresen FC

KEJAYAAN Imigresen FC menjulang kejuaraan Liga M3 telah mencuri perhatian ramai pihak.

Mana tidaknya, kemenangan mereka terhasil selepas berjaya mengatasi dua pasukan pilihan iaitu Kuala Lumpur Rovers dan Harini FT.

Kemenangan Imigresen cukup signfikan bagi seorang pemain yang dipinjam oleh mereka dari Negeri Sembilan FC (NSFC) iaitu N. Javabilaarivin. Pemain sayap yang dipinjam dari NSFC itu walaupun hanya menyertai selama setengah musim tetapi impaknya cukup hebat.

Melihat kepada kejayaan yang diperolehnya, tidak mustahil nama Java akan mula mendapat perhatian Liga Super yang mahu mendapatkan khidmatnya pada musim hadapan.

Seandainya NSFC memilih untuk melepaskannya, destinasi Java yang bersesuaian adalah jaguh Lembah Klang iaitu Selangor FC.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan melihat mengapa Selangor adalah destinasi sesuai untuk Java kembangkan kariernya serta memberikan manfaat kepada Gergasi Merah:

394704793_18243524638226799_2653533292005308108_n

Java merupakan pemain pinjaman dari Negeri Sembilan FC. — Facebook/Imigresen FC

1. Bakal mengubah taktikal pasukan

Java merupakan seorang pemain yang semula jadi beraksi di bahagian sayap. Walaupun dia sering bermain di bahagian kiri, tetapi Java turut boleh bermain sebagai pemain sayap kanan.

Kehadiran Java ke Selangor boleh memberikan pilihan tambahan kepada Tan Cheng Hoe. Dengan kehadiran Java, beberapa pemain akan dapat kembali ke posisi asal mereka.

Sebagai contoh, Ayron del Valle ada waktunya akan ditolak ke sebelah tepi demi memberikan laluan buat Richmond Boakye sebagai center forward. Dengan adanya Java, Cheng Hoe boleh menolak semula Ayron ke tengah.

Begitu juga dengan pemain seperti Danial Asri. Danial yang asalnya penyerang sering ditukarkan menjadi pemain sayap kerana faktor taktikal. Dengan adanya Java, dia juga boleh kembali semula ke posisinya.

2. Peluang untuk belajar daripada yang terbaik

Jika Java ke Selangor, dia berpeluang untuk belajar sesuatu daripada yang terbaik dalam usaha menjadi pemain sayap terbilang.

Beraksi di posisi yang sama dengan Faisal Halim, Java berpeluang untuk menjadikan pemain sayap kebangsaan itu sebagai mentornya.

Selain itu juga, Java boleh belajar mengenai teknik penyudah bersama-sama Ayron untuk menajamkan kualiti serangannya apabila di depan gol.

394883754_18243530881226799_6027835091841490367_n

Java turut menjaringkan beberapa gol penting untuk Imigresen. — Facebook/Imigresen FC

3. Pasukan lebih stabil

Jika Java memilih untuk menyertai Selangor, dia akan berada di dalam pasukan yang lebih stabil sebagai sebuah kelab bola sepak.

Selangor adalah beberapa pasukan Liga Super yang tiada masalah dari segi hal pembayaran gaji jadi seandainya Java menyertai mereka.

Selain itu, Selangor juga adalah pasukan yang gemar mengutamakan pemain muda, jadi jika potensi berjaya diasah bersama Gergasi Merah, Java boleh menjadi pemain cemerlang.

Akan tetapi, terdapat juga kekurangan seandainya Java memilih untuk ke Selangor dan kekal saja bersama NSFC.

1. Persaingan sengit

Persaingan sengit sudah pasti berlaku di Selangor dengan ramai nama-nama utama berada di bahagian sayap.

Selain Faisal, terdapat pemain lain seperti Aliff Haiqal yang perlu dicabar oleh Java untuk memperoleh tempat di kesebelasan utama. Selain itu, terdapat juga pemain tengah seperti Mukhairi Ajmal yang diletakkan di bahagian sayap oleh Cheng Hoe.

Disebabkan persaingan sengit itu, Java akan terdedah kepada potensi kurangnya minit permainan. Oleh itu, dia perlu membuktikan kehebatannya untuk kekal dalam pasukan.

384280528_18240545320226799_3611188131424394160_n

Java bakal berdepan saingan sengit jika berpindah ke Selangor. — Facebook/Imigresen FC

2. Misi make or break

Dengan menyertai Selangor, Java mengambil keputusan penting dalam karier apabila menyertai pasukan utama Malaysia.

Keputusan ini akan menyaksikan Java berada dalam situasi make or break. Dengan usianya kini 23 tahun, Java harus step up dalam kariernya untuk memastikan masanya di Selangor berjaya.

Jika berhasil, Java akan menjadi pemain sayap terulung negara tetapi seandainya gagal, dia mungkin digelar flop oleh penyokong.

Apa-apa pun, jika Selangor adalah destinasi terbaik untuk Java, tiada salahnya untuk mencuba. Potensi itu ada, tinggal untuk diserlahkan saja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram