Nur Syaiful hadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para Asia 2023


  • Podium
  • Isnin, 23 Okt 2023

Nur Syaiful menjadi atlet pertama Malaysia yang menyumbangkan pingat emas di Sukan Para Asia 2023. — Bernama

BERITA gembira telah tiba dari bumi Hangzhou, China buat negara kita apabila pingat emas pertama telah berjaya diraih dalam saingan Sukan Para Asia Hangzhou.

Atlet renang negara, Nur Syaiful Zulkafli telah memberikan senyuman kepada kontijen Malaysia apabila meraih pingat emas dalam acara 100 meter kuak dada lelaki bagi kategori SB4 (kecacatan fizikal) pada Isnin.

Beraksi di Aquatic Sports Arena, Hangzhou, Nur Syaiful bukan sahaja meraih pingat emas tetapi telah memecahkan rekod Sukan Para Asia apabila mencatatkan masa sepantas 46.78 saat untuk menjadi johan.

Kemenangan Nur Syaiful ini telah menafikan peluang wakil tuan rumah, Yin Wen Hong meraih yang meraih perak selain seorang lagi wakil negara, Zy Lee Kher memperoleh pingat gangsa.

Wen Hong mencatatkan catatan masa selama 1:53.29 saat sementara Lee Kher pula 2:11.80 saat.

Apa yang menariknya, catatan masa yang dicatat oleh Nur Syaiful ini amat pantas berbanding rekod sebelum ini.

Sebelum ini, rekod bagi acara ini adalah milik atlet Vietnam, Nguyen Tranh Trung iaitu 1:50.91 saat semasa Sukan Para Asia Incheon pada 2018 di Korea Selatan.

Kemenangan ini amat menggembirakan Nur Syaiful yang sebelum ini tidak dapat melakukannya akibat penyertaan dibatalkan.

"Untuk hari pertama ini saya tidak jangka dapat emas sebab acara ini susah. Tidak sangka dapat perbaharui rekod juga.

"Banyak lagi saya perlu perbaiki namun saya cukup gembira dapat menebus kekecewaan pada Sukan Para Asia 2018," kata Nur Syaiful.

Semoga dengan kejayaan ini akan membuka lebih banyak pingat emas buat kontinjen negara di Hangzhou. Tahniah! — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram