[VIDEO] Ubi muda TFC nak buat 'clearance' tapi tersepak kepala lawan


  • Podium
  • Selasa, 17 Okt 2023

Pasukan TFC II meneruskan rekod tanpa kalah apabila berjaya menewaskan PDRM dalam aksi Piala MFL 2023. — Instagram/officialterengganufc

TERENGGANU FC II (TFC II) meneruskan rekod tanpa kalah apabila berjaya menewaskan PDRM dengan keputusan 2-1 dalam saingan Piala MFL 2023 yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Kelibat tiga pemain senior yang hadir dilihat memperkuatkan lagi pasukan TFC II iaitu Ubaidullah Shamsul, Syahmi Zamri dan juga Jordan Mintah.

Dalam perlawanan babak pertama, penyerang berpengalaman, Jordan Mintah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila menjaringkan gol seawal minit-6 permainan.

Bersambung babak kedua, giliran Syahmi Zamri pula mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbang gol kedua pada minit ke-48.

PDRM bagaimanapun berjaya meraih gol sagu hati pada masa tambahan menerusi pemain tengah, Jacque Faye.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman sosial, TFC terpaksa kehilangan khidmat pertahanan muda, Ahmad Murqis selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-49 apabila didapati bersalah menyepak salah seorang pemain The Cops.

Dalam video tersebut, pemain pertahanan Sang Penyu itu dilihat melakukan kekasaran dengan menyepak penyerang PDRM.

Terengganu menewaskan PDRM 2-1 dan meraih tiga mata berharga dalam saingan Piala MFL untuk meneruskan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram