TIDAK boleh dinafikan usaha Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa masuk La'Vere Corbin-Ong dan Daniel Sang Ting ke dalam Liga Malaysia melalui JDT sangat membantu skuad kebangsaan ketika ini.
Kemasukan Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri skuad kebangsaan memberikan pelbagai variasi serangan bersama pemain sayap selain mahir melakukan asakan ketika sedang bertahan.
Selain itu, teknik balingan bola yang jauh juga memberi kelebihan buat skuad kebangsaan apatah lagi jika ia berdekatan dengan kotak penalti pihak lawan.
Manakala Daniel Ting pula menjadi pilihan kedua selepas beraksi cemerlang bersama Sabah musim ini sebagai pemain pinjaman.
Pernah membuat keputusan untuk berhenti seketika selepas beraksi untuk PKNS FC, pemain kacukan England-Malaysia ini kembali bersama Kuala Lumpur City FC yang mana dia membantu The City Boys menjulang Piala Malaysia pada 2021.
Info mengenai Ben King. — Facebook/JDT.
Namun adakah anda tahu, sebelum kehadiran Corbin-Ong dan Daniel Ting ke dalam skuad JDT, Harimau Selatan pernah memberi peluang kepada seorang pemain kacukan England-Melaka iaitu Ben King untuk menjalani ujian percubaan selama dua minggu ketika JDT dikendalikan oleh Bojan Hodak pada 2014.
Ben King yang ketika itu berusia 21 tahun pernah mencipta rekod antara pemain termuda yang mewakili kelab England, Crawley Town pada usia 16 tahun.
Tidak pernah menyertai mana-mana akademi bola sepak, pemain itu yang kini berusia 30 tahun menarik minat kelab seperti Merstham FC, Farnborough FC dan Sutton United FC sebelum dipinjamkan ke Tornbridge Angels FC pada 2014.
Namun begitu, Ben gagal memikat hati barisan kejurulatihan Bojan yang mana selepas itu dia menjalani ujian 'trial' bersama Sarawak FA tetapi keputusan masih tidak berpihak kepadanya.
Ia selepas rakan kepada Junior Eldstal itu gagal dalam ujian 'trial' yang dikendalikan oleh Robert Albert iaitu ketua jurulatih Sarawak pada 2015.
Keputusan untuk tidak menyenaraikannya dalam skuad Sarawak selepas aksi hambar yang dipamerkan dalam satu perlawanan persahabatan menentang KL SPA.
Selain JDT dan Sarawak, Ben juga mencuba nasib bersama Negeri Sembilan FC, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia berjaya memikat hati pengurusan skuad Jangs ketika itu.
Akhir sekali, Ben mengambil keputusan untuk pulang ke England dan kali terakhir dia bergiat aktif sebagai Youtuber yang mana tiada lagi perkembangan bola sepak mengenai dirinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram