Sheikh Jassim tak jadi beli Man United, Sir Jim Ratcliffe 'masuk jarum'


  • Podium
  • Ahad, 15 Okt 2023

Ratcliffe mengambil pendekatan untuk bermula secara perlahan dengan membeli 25 peratus saham United. — Agensi

HASRAT penyokong Manchester United untuk melihat pasukan mereka dimiliki jutawan golongan Arab terkubur selepas pembida sebelum ini, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani dilaporkan telah menarik diri daripada perlumbaan menjadi pemilik The Red Devils.

Anak kepada bekas Perdana Menteri Qatar itu sebelum ini dilaporkan mahu membeli 100 peratus (%) saham pemilikan United yang dianggarkan lebih RM27 bilion (A$6.12 bilion) pada Februari lalu.

Namun kini, jutawan British, Jim Ratcliffe, peminat United seumur hidup dan pengasas pengeluar bahan kimia INEOS, dikhabarkan bakal memegang saham sebanyak 25% selepas dipersetujui oleh keluarga Glazer.

Ratcliffe berharap untuk mendapatkan pengambilalihan penuh kelab itu pada mada depan tetapi mahu memulakan dengan kepentingan minoriti yang mana membolehkan Glazer kekal di Old Trafford buat masa ini.

Sheikh Jassim

Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani. Agensi

Selepas hampir setahun proses bidaan dilancarkan keluarga Glazer masih berat hati untuk menjual harga United di bawah harga yang diminta oleh mereka.

Disebabkan itu, Sheikh Jassim tidak mahu meneruskan pembidaan itu meskipun membuat tawaran untuk membeli 100% saham United sekali gus menjadi satu-satunya pemilik The Red Devils.

Manakala, Ratcliffe pula mengambil pendekatan untuk bermula secara perlahan dengan membeli 25% saham walaupun bidaannya tidak setara dengan jutawan Qatar itu.

Ratcliffe akan meletakkan syarat untuk membeli peratusan saham lain dalam kelab itu di masa akan datang sebelu memuktamadkan pembeliannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram