MINIT permainan amat penting untuk setiap pemain bola sepak bagi mengekalkan tahap kecergasan mereka apatah lagi untuk terpilih dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya.
Persaingan di antara rakan sepasukan dalam kelab masing-masing menyebabkan pihak pengurusan meminjamkan pemain mereka ke pasukan lain.
Antara pasukan yang mempunyai lambakan bintang ialah Johor Darul Takzim (JDT) sehingga terpaksa meminjamkan mereka pihak lawan.
Majoriti senaraikan tiga bintang JDT yang kini mempunyai minit permainan tinggi bersama pasukan yang diwakili mereka musim ini:
Azrif antara tonggak utama skuad kendalian Fandi Ahmad. — Facebook/Sri Pahang FC
1. Mohd Azrif Nasrulhaq (Sri Pahang FC)
Pemain yang cukup dikenali oleh penyokong Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq pernah melakukan kontroversi apabila dia secara terbuka mahu berpindah ke Johor Darul Takzim (JDT) pada 2016.
Dicanang sebagai pengganti S.Kunalan dalam skuad JDT, Azrif gagal mendapat tempat utama selepas mengalami kecederaan dan kehadiran Matthew Davies menyukarkan dia untuk mendapat tempat.
Musim ini, Azrif dipinjamkan ke Sri Pahang FC dan membuktikan kualitinya sebagai pertahanan terbaik negara ini.
Dalam 20 perlawanan musim ini, Azrif telah merekodkan sebanyak lebih 1,782 minit permainan bersama Sri Pahang.
Fadhli Shas telah tampil dalam 17 perlawanan bersama Sri Pahang musim ini. — Facebook/Sri Pahang FC
2. Mohd Fadhli Mohd Shas (Sri Pahang FC)
Antara pertahanan utama skuad kebangsaan masa era Datuk K. Rajagopal, Fadhli Shas musim ini bangkit bersama Sri Pahang FC apabila menjadi tonggak utama pasukan itu.
Gagal mendapat tempat di JDT, musim ini pemain berusia 32 tahun itu telah melakukan 17 penampilan Liga Super dan merekodkan dua jaringan.
Tidak menoleh belakang, Fadhli Shas telah merekodkan lebih 1,477 minit permainan bersama Sri Pahang.
Daniel Ting musim ini dipinjamkan ke Sabah FC.
3. Daniel Ting (Sabah FC)
Baru menyertai JDT pada musim lalu selepas meninggalkan Kuala Lumpur City (KL City), Daniel Ting kembali menemui rentak permainan bersama Sabah FC tahun ini.
Prestasti memberangsangkan Daniel Ting bersama Sabah berjaya memikat hati Kim Pan-gon untuk memanggilnya ke dalam skuad kebangsaan yang mana dia menjadi pilihan kedua di belakang Corbin Ong.
Mencatatkan lebih 1,344 minit permainan musim ini, pemain berusia 30 tahun itu juga merekodkan empat jaringan dalam 17 perlawanan Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram