Penyokong tak setuju bintang muda Selangor disamakan dengan bintang Serie A


  • Podium
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Selangor kini berada di tempat kedua Liga Super dan dalam landasan terbaik untuk menempah aksi di pentas Asia musim depan.

PEMAIN muda meningkat naik, Muhammad Aliff Izwan Yuslan kini mula menjadi perhatian orang ramai selepas dia menjadi antara individu yang membantu skuad Harimau Muda Bawah-23 Tahun (B-23) layak ke Piala Asia B23 Qatar tahun depan.

Dinaikkan pangkat daripada Selangor FC II, Aliff telah menjaringkan dua gol dalam tujuh penampilan Liga Super musim ini.

Manakala bersama Selangor FC II, pemain berusia 19 tahun itu turut menjaringkan dua gol dalam lapan penampilan.

Mempunyai teknik rembatan yang padu, Aliff menjadi wira buat Harimau Muda menjaringkan gol menentang Bangladesh dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia B23 di Thailand pada bulan lalu.

Namun baru-baru ini, laman Instagram @Palatao Bola menyuarakan pendapat bahawa Aliff boleh mengikuti jejak langkah bintang Serie A, Paulo Dybala yang kini sedang menikmati musim cemerlang bersama AS Roma dari Juventus.

Dybala-Aliff

Posting yang dimuat naik oleh Palatao Bola.

Posting itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, yang mana tidak bersetuju dengan pendapat bahawa dia (Aliff) boleh mengikuti jejak langkah Dybala.

"Main pun biasa-biasa macam mana nak jadi Dybala," kata Kuzha27.

"Pemain profesional tak boleh main satu kaki, wajib dua kaki. Ada pemain yang masih lagi lepaskan peluang nak bagi setting kaki," jelas Markoming.

"Ke corak permainan Aliff lebih kepada Foden punya style 'gameplay'," ujar Ahmadfsiz99. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram