DALAM sejarah saingan Liga Malaysia (Liga M), terdapat beberapa pemain terkemuka dunia yang pernah dikaitkan akan berhijrah ke tanah air dengan menyertai pasukan Liga Super bagi membantu kelab itu mendapatkan trofi idaman.
Seperti musim ini, saingan liga domestik dimeriahkan dengan beberapa khabar angin indah apabila penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao dikaitkan akan ke kancah Liga Super selepas mendapat tawaran daripada Johor Darul Takzim (JDT).
Khabar angin sebegitu rupa juga pernah terjadi pada sembilan tahun lalu apabila bekas pemain antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka dikaitkan ke Selangor bagi membantu Gergasi Merah memburu kejuaraan liga saingan 2015 dan tahun berikutnya.
Mengikut laporan The Star pada 14 Oktober 2014, juara 33 kali Piala Malaysia itu difahamkan ingin melabur ke atas pemain berprofil tinggi tersebut dalam usaha menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak 2010.
Anelka yang ketika itu mempunyai 69 kaps dan 14 jaringan gol bersama pasukan Perancis bagaimanapun meminta sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta) untuk kontrak sepanjang musim bersama Gergasi Merah.
Antara pemain Gergasi Merah ketika meraikan kemenangan menjuarai Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 pada 2014. — Agensi
Jumlah tersebut difahamkan tidak termasuk bonus, yuran penampilan dan faedah lain yang akan dinikmati oleh Anelka jika dia sah menyarung jersi kelab berpangkalan di Lembah Klang tersebut.
Selain Selangor, bekas penyerang Paris Saint-Germain, Arsenal, Real Madrid dan Chelsea itu juga turut dikaitkan dengan T-Team (Terengganu II) dan Johor Darul Takzim (JDT) sebelum permulaan musim 2014 tetapi tuntutan gajinya dilaporkan di luar jangkauan mereka.
Ketika rumours berkenaan, Anelka telah menandatangani kontrak jangka pendek dengan Mumbai FC untuk Liga Super India selama tiga bulan yang bermula pada bulan Oktober 2014 dan kontraknya akan tamat pada 25 Disember 2015.
Difahamkan pada tahun tersebut, ejen Anelka sudah menghubungi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tetapi persatuan itu tidak memberi maklum balas sama ada akan menggunakan khidmat bekas pemain Manchester City itu ataupun tidak.
Akhirnya, khabar angin berkenaan kekal menjadi berita persinggahan dan Anelka terus menyarung jersi Mumbai dari musim 2014 sehingga 2016. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram