Football Manager 2024 tampilkan 3 mod 'offline' yang bawa cabaran berbeza


  • Podium
  • Sabtu, 14 Okt 2023

Football Manager 2024 adalah siri terbaharu Football Manager keluaran Sports Interactive. — Agensi

PERMAINAN pengurusan bola sepak terkenal, Football Manager 2024 (FM24) telah pun dilancarkan oleh pembangunnya iaitu Sports Interactive dan sudah boleh diakses kepada semua di pelbagai platform pada 6 November 2023.

Hadir dengan pelbagai feature baharu untuk menambah unsur realism dalam permainan pengurusan terkemuka dunia ini. Sports Interactive mahu menjadikan FM24 edisi Football Manager paling hebat pernah dihasilkan.

Untuk siri FM24, terdapat kepelbagaian dalam mod permainan offline yang boleh dinikmati para pemain.

Majoriti menyenaraikan tiga mod permainan offline yang boleh dimainkan oleh bagi para pengurus semua:

1. Mod klasik

Mod ini adalah untuk mereka yang lebih selesa dengan cara bermain FM yang sebenar.

Dalam mod klasik, anda akan bermain FM24 dengan pengalaman sama seperti dalam siri-siri Football Manager sebelum ini.

Mod ini akan membuatkan anda akan 'hanyut' dengan dunia FM anda dengan ia tidak akan terkesan dengan segala perubahan yang berlaku dalam perkembangan bola sepak sebenar.

Mod klasik amat sesuai bagi mereka yang tidak mahu terikat dengan perubahan dalam dunia bola sepak sebenar tetapi jika anda jenis up-to-date terutamanya melibatkan perpindahan pemain, ini bukan untuk kalian.

Original

Mod klasik atau original ini adalah untuk mereka yang gemarkan bermain Football Manager cara lama. — Agensi

2. Mod dunia sebenar

Ini adalah mod paling sesuai bagi mereka yang gemarkan perkembangan terkini dalam dunia bola sepak.

Mod dunia sebenar (real world mode) akan menyaksikan pangkalan data (database) pemain akan dikemas kini setiap hari. Oleh itu, jika satu-satu pemain berpindah dari pasukan A ke pasukan B, ia turut akan berubah di FM24.

Ia akan memberikan cabaran berbeza kepada pemain. Sebagai contoh, jika Cristiano Ronaldo membuat keputusan meninggalkan Al-Nassr di dunia sebenar, maka perpindahan itu turut akan berlaku di FM24.

Malah, seandainya pemain anda mengalami kecederaan jangka panjang dalam dunia sebenar, ia turut akan terkesan dalam FM24. Bersediakah anda?

3. Mod sandbox

Mod ini membolehkan anda mencipta dunia FM24 anda sendiri tanpa sebarang batasan.

Mod ini akan membantu anda menulis semula sejarah yang berlaku dalam bola sepak. Hal ini kerana, kesemua perpindahan dan bajet pasukan akan dibekukan pada hari pertama musim 2023/2024 bermula.

Ia dapat membantu anda menghalang perpindahan seperti Harry Kane ke Bayern Munich serta penghijrahan beramai-ramai bintang bola sepak Eropah ke Arab Saudi.

27-1f72c0d5fdfa4680a9e5d7ab970ecc1b (1)

Harry Kane kini menjadi pemain Bayern Munich. — Agensi

Mod sandbox ini akan memberikan peluang kepada anda melakar dunia bola sepak ikut acuan sendiri. Bagi mereka yang gemarkan realism, mungkin mod dunia sebenar lebih sesuai.

Mana satu mod kegemaran anda? Apa yang pasti, FM24 memberikan pelbagai pilihan tentang macam mana nak main permainan ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram