[VIDEO] 'Doa dari kami', Ultras Malaya ada chant istimewa buat rakyat Palestin


  • Podium
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Ultras Malaya bakal menyanyikan 'chant' istimewa buat penduduk Gaza.

KRISIS peperangan Palestin dan Israel ternyata memberi kesan kepada kelancaran perjalanan Pestabola Merdeka selepas skuad kendalian Makram Daboub tidak dapat meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur susulan situasi tegang di negara berkenaan.

Bercakap mengenai krisis Palestin-Israel, rakyat Malaysia bangkit menyatakan sokongan penuh terhadap bumi Baitul Maqdis selepas angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 700 mangsa.

Dalam media sosial, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memberikan sokongan moral kepada warga Palestin untuk mempertahankan rumah mereka daripada serangan Israel.

Namun, ada juga kelab bola sepak di Eropah secara terang-terangan memberi sokongan meskipun Israel telah melakukan serangan kejam ke atas rakyat Palestin termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

Tetapi, bukan semua peminat bola sepak di Eropah menyokong tindakan yang dilakukan Israel itu sebagai contoh penyokong kelab Scotland, Celtic FC secara terang-terangan menyokong Palestin apabila mengibarkan bendera negara itu sewaktu mencatatkan kemenangan ke atas Kilmarnock pada 7 Oktober lalu.

Meskipun mendapat desakan daripada pihak pengurusan Celtic tentang konflik di Asia Barat itu, The Green Brigade kini menggesa seluruh penyokong mereka untuk mengibarkan bendera Palestin menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid pada 26 Oktober nanti berikutan tindakan Israel melakukan serangan udara dan menutup sumber keperluan penduduk Gaza.

Celtic

Pihak Celtic sebelum ini mengkritik sepanduk yang dinaikkan penyokong di stadium mereka sewaktu mencatatkan kemenangan ke atas Kilmarnock hujung minggu lalu. — Agensi

Tidak ketinggalan, Ultras Malaya juga bakal memberikan sokongan buat rakyat Palestin apabila memperkenalkan 'chant' baharu semasa perlawanan Harimau Malaya menentang India pada Jumaat.

Menerusi perkongsian video @Ultrasmalaya07 dalam media sosial telah berkongsi 'chant' istimewa itu buat rakyat di bumi Palestin.

"Dedikasikan khas sebuah chants istimewa malam esok (Jumaat) buat saudara kita di bumi Palestin.

"Doa dari kami mengiringi kesabaran, ketabahan serta perjuangan mu disana," ciapnya.

Anak-anak buah Kim Pan-gon akan bertemu India di permukaan padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu Zeon Zoysia yang ditaja oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebagai sumbangannya untuk bola sepak Malaysia.

Pertemuan dengan India dilihat bakal memberi peluang cerah buat Harimau Malaya untuk memintas kedudukan Filipina pada ranking FIFA selepas kali terakhir berada di atas kedudukan The Azkals pada 12 tahun lalu jika berjaya mencatatkan kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram