MASIHKAH anda ingat sepakan gunting yang dilakukan oleh Mamadou Samassa ketika menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman pada 6 April 2022 yang mencipta gol sebelum dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Penyokong Sri Pahang pastinya mengenali bekas penjaga gol Perancis itu yang dibolosi sebanyak 43 perlawanan dalam 26 penampilan bersama Tok Gajah.
Disebabkan prestasi buruknya itu, bekas pemain kebangsaan Mali itu tidak disambungkan kontrak dan tempatnya kini diganti oleh bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi yang dipinjamkan dari Johor Darul Takzim (JDT) pada musim ini.
Bercakap mengenai sepakan gunting Samassa, laman Instagram @Palatao Bola berkongsi video kejadian tersebut dan berkongsi info terkini membabitkan pemain berusia 33 tahun itu yang kini beraksi bersama kelab Perancis, Stade Lavallois dalam Ligue 2.
Apa yang menariknya dalam ruangan posting video sepakan gunting Samassa, bekas pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel dilihat meninggalkan komen mengenai pengadil yang membatalkan gol yang dijaringkan anak buahnya.
Tangkap layar posting komen Gamel.
"Pengadil 'merompak' perlawanan itu, saya masih ingat, kami (Sri Pahang) menjaringkan tiga gol yang sah dan mereka (pengadil) membatalkannya.
"Selepas insiden itu, pengadil-pengadil tersebut dikenakan tindakan, apa-apa pun tahniah Samassa kerana berjaya beraksi di Ligue 2," katanya.
Sebelum ini, Gamel mengendalikan Sri Pahang pada musim lalu sebelum dipecat oleh pihak pengurusan yang mana Datuk Dollah Salleh menggantikan jurulatih kelahiran Perancis itu.
Tahun ini, Gamel dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan Vietnam sebelum memilih ke kelab Australia, Macarthur FC untuk membantu Mile Sterjovski.
Bersama Tok Gajah, jurulatih berusia 51 tahun itu merekodkan tujuh kekalahan, dua seri dan empat kemenangan dalam 13 perlawanan dalam semua kejohanan Liga Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram